Wednesday 24 July 2013

Orang pemurah





Assalamualaikum...





Ada orang cakap, "life is not about duration but life is about donation". Sebagai makhluk Allah yang sentiasa mendambakan kasih dan sayangnya, kita secara zahir dan batin hanyalah seorang peminjam yang meminjam pemberian Allah.





Duit dan harta yang kita miliki harus kita yakini bahawa itu milik sang pencipta alam semesta. Rasulullah sangat menekankan agar kita sebagai umatnya menjaga sedekah. Cuba kita perhatikan ciri ciri orang yang pemurah, yang mana disenangi orang, dipermudahkan urusannya oleh Allah, dan orang yang suka memberi hidupnya tenang.





Pada era globalisasi kini, bilangan orang yang stress semkin banyak .Ciri-ciri orang yang menglami stress ialah suka akan pujian. Setiap kerja yang dilakukan ingin meraih pujian daripada orang lain. Disamping itu juga hidup tak tenang dan senantiasa didalam keadaan gundah gulana. Mari munasabah kembali diri kita kenapa kekedang hidup kita kurang bahagia dan dilanda stress.






Adakah kita sudah pastikan kita melakukan sedekah dan, adakah kita memberi manfaat kepada orang disekeliling kita. Kita harus berpegang pada prinsip ada, beri, dapat. Maksudnya begini, kita ada kebaikan kita beri kebaikan kita dapat kebaikan. Tpi ada orang yang ingin mendapat kebaikan tanpa memberi kebaikan.


Sebagai manusia, kalau kita inginkan  kebaikan, kita kena buat kebaikan. Kebaikan boleh terlaksana dengan adanya ilmu pengetahuan. Apapun, sebagai mu'min sejati, haruslah kita berlumba lumba dalam berbuat kebaikan. Tujuan kita didunia hanyalah untuk menggapai mardhotillah. Jadi, tingkatkan amalan dan senantiasalah kita berbagi kesenangan kita dengan orang lain. Insyaallah ada ganjaran menanti. Akhir sekali <sayanglah Allah, kerana Allah sayang makhluk yang sayang padaNya.


0 comments:

Post a Comment