Tuesday 24 December 2013

Ihsan Dalam Bekerja

Ikhlaslah…
Realiti membuktikan bahawa setiap manusia dihadapkan dengan pelbagai pilihan.Sudah tentu dalam menjaga diri sebagai muslim,pilihan-pilihan yang baik harus dipilih.Setiap perbuatan yang kita aplikasikan hasil pilihan sendiri menuntut rasa keikhlasan daripadanya.Percaya atau tidak,hidup manusia diisi dengan perbuatan dan perkataan.Dalam islam,setiap amalan yang dikerjakan harus ada padanya ikhlas.Wujudnya ikhlas selepas  wujudnya kefahaman atas tujuan melaksanakan setiap amalan.Sesuailah dengan definisi ikhlas yang bertujuankan redho Allah.


           Ikhlas diperlukan dalam setiap cabang hidup dan juga urusan harian.Dalam bekeluarga,ikhlas perlu dalam berbakti kepada ibu bapa.Untuk menyenang kan hati mereka,segala suruhan mereka kita kerjakan.Adakah kita mengerjakan suruhan ibu bapa dengan hati terbuka atau hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.Jika ikhlas gagal dijinakkan sudah pasti anak-anak akan mengeluh.Allah berfirman” maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka”,surah Al isra:23.Sesungguhnya kesan tidak ikhlas dalam berbakti kepada ibu bapa mampu merundum iman kita sebagai seorang anak   jika berlakunya perkara yang dilarang oleh Allah.

         Begitu juga hidup sebagai orang yang makan gaji ataupun majikan. Dalam menjalankan tugasan mereka, harus ada padanya ikhlas.Perlunya ikhlas dalam bekerja kerana dapat menghasilkan mutu kerja yang sangat berkualiti dan dapat melahirkan pemikiran yang mempunyai daya saing.Pastinya kita tidak mengharapkan balasan yang tidak sepatutnya jika hati kita tertanam padanya sifat murni dalam berbakti.

            Sering kali didengari bahawa orang yang sentiasa inginkan balasan dari manusia atas setiap apa yang dilaksanakannya.Pastinya hal –hal ini berbangkit kerana kurang atau hilangnya sifat ikhlas itu sendiri.Ingatlah bahawa orang yang ikhlas hanya mengharapkan balasan dan  pandangan daripada Allah bukan pandangan daripada manusia yang sentiasa ada padanya kekurangan.

           Begitulah kita sebagai muslim dalam  menjaga ihsan dalam bekerja.Sabda Rasulullah,”Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap redha-Nya”.

           Pentingnya ikhlas dalam bekerja kerana mampu mendidik kita menjadi hambanyaNya yang sentiasa ingat padaNya.Seandainya kita tidak berdaya dalam mengaplikasikan sifat ikhlas,belajarlah dengan senyum dan sabar.Sudah pasti perasaan ikhlas akan perlahan- perlahan meresap dalam darah seorang muslim.

          Faktanya,Implikasi ikhlas dalam melakukan seribu satu pekerjaan boleh melapangkan hati.Nikmat merasai kelapangan hati sukar diperolehi tetapi salah satu wasilahnya adalah dengan ikhlas dalam bekerja,beribadah,bermuamalah dan pekerjaan baik yang lainnya.Sesungguhnya,Setiap amalan bergantung kepada niat.Terpulang kepada kita dalam memilih apa yang terbaik untuk diri sendiri.

          Pastinya,ikhlas sukar dirungkai  kerana terlalu besar dan mendalam maksudnya.Sama-samalah menuju redha Allah kerana terlalu banyak wasilah dalam menjaga hubungan kita dengan Allah.Sentiasalah berubah menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa.

Sekadar perkongsian…….






0 comments:

Post a Comment