Saturday 7 September 2013

"Rapatkan Saf, Luruskan Saf!"

SOLAT JEMAAH ASAS KESATUAN UMMAH


Sesungguhnya telah Allah SWT ciptakan manusia itu berbagai bangsa , suku , kaum dan bahasa tidak lain tidak bukan hanya untuk mencapai satu matlamat sepertimana firman-Nya dalam surah Al-Hujurat ayat 13 . Untuk mencapai ketenteraman dan keharmonian fitrah penciptaan manusia ini yang berbagai jenis dan saling pula berhubung , adalah amat diperlukan sifat kebersamaan dan kesatuan yang kukuh agar tidak berlakunya sebarang kerosakan dimuka bumi ini . Persoalannya , bagaimana mungkin manusia itu mecapai kesatuan kefahaman yang kukuh dengan jumlah bilangannya yang ramai ?

Ya . Solat Jemaah . Sebagai individu muslim , kita amatlah dituntut oleh agama untuk melaksanakan ibadah secara berjemaah kerana disitu terkandungnya kekuatan dan kesatuan yang sukar untuk diperolehi dari mana-mana tuntutan agama yang lain malah sebarang persoalan dan permasalahan mampu diselesaikan secara berjemaah .


“Jelaslah bahawa sembahyang berjemaah memberi kesan yang dalam , memberi pendidikan untuk persatuan dan kebersamaan . Dengan melaksanakan sembahyang berjemaah secara istiqomah , memberi ajaran dan pendidikan agar mereka bersatu dalam menyelesaikan semua persoalan mereka , saling mebantu untuk mengatur pelbagai persoalan hidup mereka.” – Hasan at-Turabi


Jelas kelihatan perasaan tenteram dan ketenangan pada diri mereka yang berterusan melaksanakan solat secara berjemaah . Hal ini , apabila semakin bertambahnya bilangan atau jumlah individu muslim yang melaksanakan sembahyang jemaah maka semakin bersatulah hati-hati dan perasaan dikalangan mereka serta timbullah pula ketenteraman jiwa kerana dirinya seolah dipenuhi dengan ibadah .


Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa megerjakan solat berjemaah , beerti dia telah memenuhi dirinya dengan ibadah.”



Perjalanan membawa diri berhimpun melaksanakan solat jemaah di masjid atau dimana-mana tempat yang lain secara tidak langsung mendidik diri untuk mengenali dan hidup bersama orang lain . Hal ini , apabila wujudnya sikap saling mengenali dan memahami antara satu sama lain maka sifat curiga , salah sangka dan seumpamanya tidak akan wujud dikalangan mereka kerana setiap dari mereka saling mengenali dan saling tahu . Tambahan pula , melalui solat jemaah individu akan memperolehi pengalaman dan ilmu yang baharu dimana mereka boleh membandingkan ibadah mereka dengan yang lain untuk diperbaiki bagi menghasilkan solat yang sempurna.

Sabda Rasulullah SAW : “Allah tidak memandang kepada solat yang dilaksanakan oleh seseorang yang didalam solatnya itu tidak menghadirkan hati bersama-sama tubuhnya (sempurna).”


Selain itu , kita semua sinonim dengan kehebatan akhlak sahabat Rasulullah SAW , Saidina Umar Al-Khattab dimana beliau akan memeriksa saf (barisan) ketika solat jemaah . Tahukah kita , kenapa beliau sangat menitik berat akan saf ketika solat jemaah ? Hal ini kerana , dengan meluruskan dan merapakatkan saf itu mengajar kita agar tidak hidup bersendiri dan tidak mementingkan diri sendiri malah berdiri didalam satu saf dan barisan yang lurus mendidik kita agar cakna dengan keadaan orang lain yang sebaris hidup dimana perbezaan reliti hidup bukan asbab manusia bermusuh dan berpecahan .


Sabda Nabi SAW : “Wahai manusia ! Sesungguhnya Tuhan kamu sama , bapa kamu sama (Adam) . Ketahuilah ! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab) , atau ‘ajam ke atas arab , atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan”.


Sembayang diatas satu barisan yang sama , selain merapatkan jasad ia juaga merapatkan hati dan rasa dikalangan jemaah yang lain meskipun kita tiada sebarang pertalian darah namun melaui hati-hati yang tenang akan terbina tali persaudaraan dan perasaan yang lebih erat dari persaudaraan sedarah . Dengan perasaan dan kebersamaan yang terjalin ini akan mengelakkan dari permusuhan dan pertikaian .


Dengan turunnya syariat dan tuntutan sembahyang jemaah maka seharusnya tercetus golongan manusia yang bersatu dan hidup dalam ketenangan dan ketenteraman . Justeru , sembahyang jemaah lebih tinggi nilai darjatnya berbanding solat bersendirian . Hal demikian , sembahyang jemaah bukan sahaja berkaitan degan tingkat dan gandaan pahala individu muslim tetapi memberi manusia didikan dan ajaran kebersamaan dan kesatuan sebagai golongan yang berbagai jenis .


Rasulullah SAW bersabda : “Sembahyang berjemaah melebihi 27 darjat berbanding sembahyang bersendirian.”


Akhir kalam , cuba singkap kembali awal kemasukan kita di pagar taman budi dan ilmu ini , kita ditekankan untuk sembahyang berjemaah , kita usaha untuk istiqomah sembahyang jemaah sepanjang minggu ta’aruf dan kesannya kita sendiri dapat rasai dalam tempoh seminggu ukhuwah dikalangan kita degan mudahnya terbina dan sedar atau tidak kebersamaan dan ketenagan dapat kita capai kesan dari sembahyang jemaah . Namun , disaat ini ketenangn dan ketenteraman jiwa yang kita perolehi itu semakin pudar kerana kesibukan menjadi punca kita tidak lagi mengusahakan sembahyang berjemaah . Jadi , bagaimana mungkin jurang antara pelajar dan pensyarah , aliran seni dan sains , pelajar tempatan dan luar negara, serta seumpamanya dapat dibendung sekiranya perkara asas kepada kesatuaan ummah tidak dilaksanakan ? pada siapa kita mahu meletakkankan harapan sekiranya kita kelompok pelajar islam sendiri tidak amalakan tuntutan agamanya ..

0 comments:

Post a Comment