Monday 29 July 2013

Ramadhan, Jangan Tinggalkan Kami

Ramadhan, Jangan Tinggalkan Kami





Bismillah.. dengan hati yang sayu serta penuh keharuan, ku gagahkan jari jemari ini menulis agar dapat ku kongsi perasaan ini dengan orang lain, agar dapat ku sampaikan kepada semua akan rasa.. Akan kisah dan hakikat sebenar yang kita terpaksa terima.. Agar yang senasib ambil iktibar.. Agar yang berbeza dapat memahami.. Terimalah..

..

Hadiah dari penulis di fasa ‘pembebasan dari api neraka ‘ ini..

..

Ramadhan.. kehadiran dinanti.. keberadaan dirai.. pemergiannya ditangisi..

kerana kita semua sangat sayangkan Ramadhan.. mana mungkin kita tak sayang Ramadhan..

Allah yang kita cintai hadiahkan Ramadhan khas untuk kita, umat Muhammad yang Dia cintai dan Dia angkat darjat dari umat2 lain..

Ramadhan..

Sebulan sebelum kau datang, kami bertungkus lumus membuat persiapan untuk sambut kehadiranmu.. saat itu, keberadaanmu sudah terasa walaupun kau belum datang..

Kami banyakkan puasa sunat, agar tak terkejut bila memasukimu.. kami perbanyakkan amalan sunat, agar terbiasa hingga tiba kedatanganmu..
Namun, ada juga antara kami yang tak mampu membuat persiapan apa2, tapi tak sabar2 menanti kehadiranmu,, kerana terasa ingin merubah diri dengan kedatanganmu..

Ini kerana kami lemah, Ramadhan.. kami lemah dengan godaan syaitan dan hawa nafsu kami di bulan2 lain, untuk membuat kebaikan.. tak mampu untuk merubah diri menjadi lebih baik pada bulan2 lain…

Mujurlah Allah menghantarmu wahai Ramadhan..

Maka dengannya, kami mampu berusaha sedikit demi sedikit perbaiki diri, tambahkan amalan dan hijrah ke daerah kebaikan..
Terima kasih wahai Ramadhan.. Namun yg paling penting, syukur kpd Allah yg menghadiahkan bulan ini..

mana taknya dapat berubah di bulan ini,,,

Dalam Qur'an pun Allah kata, “Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”…

Tak sangka.. Rupa2nya, Allah sengaja menghantar Ramadhan kepada kita supaya kita dapat perbaiki diri, dapat berubah dan berhijrah, kerana kita akan jadi orang bertaqwa dgn puasa di bulan ramadhan…

Sekali lagi.. kami sangat menghargai nikmat Allah ini.. dan terasa tak sanggup kehilanganmu.. wahai bulan yang mulia..

Dan dlm bulan ni jugak lah,… syaitan2 diikat.. hawa nafsu kita menipis dengan kurangnya pembuluh darah kita daripada makanan2.. kita banyak berlapar dari kenyang.. hawa nafsu pun terdidik.. ramai orang yang jadi baik..

..

Namun sesekali terdetik dlm hati ini.. terfikir sejenak.. alangkah baiknya kalau selamanya Ramadhan.. tapi rupanya, Allah sengaja jadikan Ramadhan ni sebulan je..

Supaya kita ni jadi HAMBA ALLAH, bukan jadi HAMBA RAMADHAN..
Ramadhan ni madrasah je untuk kita merubah diri.. Allah nak tengok, sejauh mana kita guna Ramadhan untuk ubah diri, untuk jadi orang bertaqwa…

Nak tengok macam mana Ramadhan bagi kesan kat kita, tengokla 11 bulan lepas tu..

Samakah kita atau berubahkah kita bila berakhirnya Ramadhan…
Rupanya, 11 bulan lagi tu sebagai ujian buat kita.. ujian nak tengok, mcm mana kita dapat pendidikan Ramadhan.. kalau Ramadhan sepanjang masa, takde lah ujiannya kann.. Allah nak bg ujian, supaya Dia dapat pilih lagi, dari ramai2 orang yang beriman tu, siapakah yang benar2 beriman dan bertaqwa pada Nya.. dan Dia jugak nak tengok.. betul kah kita benar2 sedar kita berubah kerana kita hambaNya.. bukan kerana Ramadhan semata-mata… ?

Maka.. di sinilah teruji keikhlasan dan keimanan seorang hamba pada pencipta…

..

Aku sedar segalanya…
Namun, daku tetap tak mampu hilangkan rasa ini..
Betapa sedihnya bakal kehilangan Ramadhan..

Betapa sedihnya bila dapat tahu Ramadhan dah nak pergi tinggalkan kita semua..

Tak sangka.. terlalu singkat pertemuan kita..

Allah.. aku tak sanggup menghadapi perpisahan ini,..
Andainya Kau izinkan, aku ingin pergi bersama-sama Ramadhan.. atau ingin Ramadhan terus bersama kami..

Tapi.. Apakan daya.. aku hanya seorang hamba.. Tak mampu menolak takdirMu..

Allah.. aku redha…

Ramadhan.. selamat tinggal.. kita bakal berpisah.. namun, aku takkan lupakanmu sampai bila-bila..

Kehadiranmu akan terus segar dalam ingatanku.. kerana.. kau terlalu berharga buat kami, Ramadhan..

Kalau boleh, jangan tinggalkan kami…

Air mata jatuh berguguran.. sesungguhnya aku insan yang belum sempurna iman.. dan kerana itulah aku tetap perlukanmu, Ramadhan..untuk islah diri ini… untuk bina iman dan taqwa..
Maka itu, aku sesungguhnya menangisi pemergianmu…

Ramadhan.. pemergianmu ditangisi.. semoga kita berpeluang untuk berjumpa lagi.. moga pertemuan dan perpisahan ini membawa seribu satu makna dan hikmah yang tersirat..

Duhai Ramadhan.. aku berat untuk melepaskanmu.. namun andai itu kata Tuhan kita, bahawa engkau harus pergi, maka pergilah ramadhan.. turutilah kata Allah Tuhan Pencipta kita semua..

Aku tetap merelakan pemergianmu.. semoga hikmahnya perpisahan ini sama-sama dapat kita rungkaikan..

..

Semoga Ramadhan kali ini dapat merubah diri selamanya…

Selamat tinggal... Ramadhan…………………………………………………..


1 comments: