Dunia kita,
Sudah tercemar,
dengan cemaran zahir
Mahupun batin.
Mahu salahkan siapa?
Punca jerebu, bukankah dari tangan manusia?
Punca kehitaman hati dengan dosa,
Bukankah dari tangan manusia juga?
Dunia,
Ketahuilah dirinya sudah uzur,
Hanya menunggu arahan
dari Al-Khaliq,
Untuk meletus segala isi dalamnya.
Saat itulah manusia mula sedar,
Bodohnya diri dulu.
Endah tidak endah saja pada arahan-Nya.
Itulah mereka, Manusia.
Dunia,
Jikalah
dia boleh berkata,
Tentu
dia akan menyuruh manusia-manusia itu,
Ya,
mereka itu,
Sujud
pada Pencipta,
Berhentilah
berbuat kerosakan atas dirinya,
Kerna
sudah tidak sanggup,
Siang
malam menanggung derita,
Pedihnya
melihat mereka bersuka ria.
Dunia,
Walau
sudah berjuta ribu tahun,
Manusia
berbuat bermacam perkara,
Perkara
melanggar aturan Tuhan-Nya,
Sabar..
Sabar..
Sabar
menunggu hingga hari akhirnya.
~Nukilan
: Aisy Asrar
0 comments:
Post a Comment