Sunday 27 April 2014

WARNA-WARNI UJIAN , OH! INDAHNYAA~

“Rain falls because the clouds can no longer handle the weight, Tears fall because the heart can no longer handle the pain”        
                                                                                                                         ~Yasmin Mogahed~

Air mata ku seka buat kali keberapa, tidak juga ku ketahui. Air mata terus mengalir laju hangat membasahi pipi. Tidak kuhiraukan sesiapa yang lalu lalang disekitarku. Hatiku hancur luluh bak terkena bom di bumi Palestin. Sungguh tak dapat kubendung lagi perasaan ini , kaki ku meluru laju ke satu tempat di mana ketenangan dapat kutemui. Disitu , ya disitu.. itulah Surau tempat ibadatku.
“ Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung” (3:200)
Sebanyak mana air mata mengalir, sebanyak mana aku menangis, sebanyak itulah aku mengingatkan diri bahawa ini semua ujian Allah.  ‘Allah loves me’ ; ‘YA! ALLAH SAYANG AKU! ‘ mana mungkin aku diletakkan dalam ujian sehebat ini jika Dia tak peduli tentang diriku. Ujian ini menyebabkan aku lebih dekat kepadaNya Musollah sering ku kunjungi, Al-Furqan sering menjadi pendamping diri, Nawafil menjadi ulam dalam makanan rohani. Hanya itu dapat menenangkan hati.
 Betapa aku sedari, sungguh nikmatnya ujian ini. Jika dahulu aku dikurniakan nikmat berupa kejayaan yang mungkin menjadi kebanggaan ramai, tetapi sebenarnya mungkin nikmat itu adalah ujian yang paling hebat pada diriku. Mana mungkin kejayaan itu adalah nikmat??
kerana KEJAYAAN itu,
 aku menjadi MEGAH,
sedangkan Kemegahan hanya milik Allah..
Kerana KEGEMILANGAN itu,
Aku menjadi lalai,
Sedangkan kelalaian adalah punca kematian hati,
Kerana SUKSES itu,
Aku terlena dengan taluan PUJIAN,
Sedangkan segala pujian hanya Milik Allah..
Inikah nikmat itu ?
Inikah??
“Dan apabila kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) ; dan apabila ia ditipa kesusahan, maka ia berdoa merayu denganpanjang lebar.”(41:15)

Ya, inilah ujian yang sebenarnya. Nikmat kesihatan, nikmat kekayaan, nikmat keselesaan, nikmat keamanan, nikmat-nikmat itu sebenarnya menjadi cobaan diri kita untuk menguji siapa diantara kita yang paling baik perbuatannya walaupun disuap dengan pelbagai nikmat dunia yang bersifat sementara dan melalaikan .
Walhal, ujian yang menyebabkan arus air mata mengalir laju inilah nikmat yang sebenar. Nikmatnya ujian ini hingga dosa kita diampunkan andainya kita tabah dan sabar menempuhinya. Nikmatnya ujian Allah itu yang beri kita peluang merasai kemanisan iman jika kita benar dan yakin dengan Allah yang Maha Esa.
WARNA-WARNI UJIAN , OH! INDAHNYAA~
Sedarkah kita, bahawa setiap ujian ada hikmahnya, setiap hujan ada pelanginya. Di sebalik setiap ujian itu sebenarnya Allah merindukan kita. Merindukan aku yang telah jauh daripadaNya. Dia merindukan rintihan dan aduan kita. Bersyukurlah dengan ujian ini ; kita diduga because He loves us  and He remember us. It is worse kalau Allah melupakan kita..
“And be not like those who forgot Allah, so He made them forget themselves. Those are defiantly disobedient.” (59;19)
Lembaran Al-Quran ku tutup. Bibir mengukir senyuman ‘ya, aku diuji! terima kasih Ya Allah’ ku cium peluk Al-Quran lantas kaki melangkah laju ke bilik air. Wuduk kubaiki, Dhuha terus ku dirikan. ALHAMDULILLAH J
“you may not always understand why Allah allows certain things to happen, but you can be certain that Allah is not making mistakes"
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli syurga, mereka kekal didalamnya”

by ~AFZ~

0 comments:

Post a Comment