“Encik
Amar,”laung jururawat yang bekerja di kaunter itu.
Amar
berjalan lemah menuju ke kamar doktor yang terletak hampir dengan kaunter.Pintu
bilik dikuak lalu dia melangkah masuk.Lantas dia melabuhkan punggung di atas
kerusi.
“Encik
Amar,ujian yang kami telah jalankan mendapati anda mempunyai ketumbuhan di
dalam otak dan jangka masa yang ada hanyalah 3 bulan.Tapi,berserahlah pada
Allah,InshaAllah,Dia tahu yang terbaik.”
Amar
melangkah longlai.Berita yang disampaikan doktor itu benar-benar memberi
tamparan hebat kepadanya.Dia termenung lama di dalam kereta.Baru kini dia
merasakan hidup itu singkat.Sangat singkat.Entah,umur yang sudah mencecah 30
puluh tahun itu ibarat tidak langsung memberi erti dan makna.Semuanya ibarat
kosong.Lalu,satu persatu dosa silam menerjah fikiran.Ibarat memainkan video
tanpa dipinta.Dia tenggelam dalam arus yang menyesakkan itu lalu hilang.
Dia
terjaga dari satu lena yang dirasakan panjang.Dikerling kiri dan kanan.Tempat
itu seolah-olah asing tapi damai di hati.Entah dari mana datangnya rasa ingin
tahu yang membuak,membuat dia berdiri lalu berjalan menelusuri jalan yang penuh
ragam manusia itu.
“Mak,lain
kali mak duduk dekat rumah je.Biar adik yang jual kuih.Mak kan tak sihat.Nanti
mak tak ada,susahlah adik.”
Amar
memandang ke arah anak kecil yang memimpin tangan ibunya itu.Terasa berbahang
di mata.Saat itu terasa rindu yang amat sarat pada ibunya.Lalu dia terus
melangkah melewati sebuah rumah kayu yang agak rapuh binaannya.
“Mak,adik
dah balik.”anak kecil yang sama berlari ke arah wanita yang dilihatnya tadi.
“Mak,tadi
kan dekat sekolah,ustazah cakap dekat adik,hafiz tu panggilan untuk orang yang
hafal Al-Quran.Adik pun nak hafal Quran lah mak.Sebab nama adik kan Hafiz.”
“Adik
nak hafal Quran?Alhamdulillah.Sukanya mak.”balas wanita itu seraya mencium
lembut pipi anaknya.
Amar
yang menjadi penonton setia hanya memandang.YA Allah,hatinya meronta kuat saat
ini.Namun,kaki digagahkan jua untuk melangkah ke destinasi yang dia sendiri
tidak pasti. Sebaik kaki melangkah ke kaki lima kedai itu,langkahnya
terhenti.Mata seolah-olah terpanggil untuk melihat adengan yang lain pula.
“Kau
buat apa dengan mak cik ni?Ni mak kau ke Hafiz?”soal seorang budak yang sebaya
dengan Hafiz.Hafiz lantas menarik tangan sahabatnya itu.
“Gila
ke apa tu mak aku?Tu,aku kesian dekat mak cik tu.Dia sorang-sorang.Aku tunggu
driver aku ambil ni.Lambat pulak.Ada ke cakap mak cik tu mak aku.”balas Hafiz.
“Yelah.Aku
ingat mak kau tadi.Mana tau kau tipu kitaorang kan”soal sahabatnya itu.
“Ke
situ pulak korang.”
Amar
memandang ke arah wanita tua yang mejual tisu itu.Matanya dapat menangkap ada
titik-titik jernih yang mengalir di pipi wanita itu.Air mata yang sekian lama
diseka tidak mampu tertahan lagi. Bila mengenang kesemua peristiwa yang
berlaku,dia tidak mampu lagi membendung sebak yang bersarang di dada.Dia
menghampiri Hafiz.Ingin menegur sikap budak lelaki itu.Namun,semuanya mulai
kabur.Dia kembali tenggelam dalam arus yang menyesakkan itu lalu hilang.
“Amar,Alhamdulillah
awak dah sedar.Awak kemalangan seminggu yang lalu.Dah seminggu awak koma.Allah
masih bagi awak peluang.”
“Saya
nak mak saya doktor.Saya nak mak saya”rintih Amar yang mula mengalirkan air
mata.
“Muhammad Amar Hafiz ,mak ada
dekat sini nak”kata wanita tua yang sejak seminggu yang lalu setia menemani
anaknya itu.Sungguh,jika dia memikirkan apa yang telah anaknya itu
lakukan.Terlalu perit untuk digambarkan.Namun,hati seorang ibu tidak mampu
membiarkan anaknya menderita saban hari memanggil-manggil namanya.
“Assalamualaikum,imam
oh imam,”sapa Amar di muka pintu.Pintu dibuka lalu Imam Amin segera
menyahut
salam daripada Amar.
“Masuklah
Hafiz.Memang imam tunggu kamu pun.” Amar lantas masuk dan duduk.Semenjak lahir
lagi dia telah kehilangan ayah dan Imam Aminlah tempat dia berteduh kasih
sewaktu kecilnya.
Sebaik
sahaja dia duduk di atas kerusi,air mata laju mengalir saat terdengar alunan
ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Saif,anak kepada Imam Amin.
Kekuatan
dikumpul sebelum dia mula berbicara.“Imam,saya rasa berdosa sangat sekarang.Dah
banyak saya tinggalkan.Mak saya,saya abaikan, solat, puasa saya,halal haram
semuanya saya abaikan.Saya lalai imam.Terlalu alpa.Sampai saya rasa dah tak ada
ruang lagi untuk orang macam saya ni.Saya tak layak nak hidup,imam.Rasa macam
Allah takkan terima dah apa yang saya buat”
“Astaghfirullah,Hafiz,tak
baik kamu cakap macam tu.Bukan ke Allah itu Maha pengampun lagi Maha Penyayang?Allah
dah sedarkan kamu sebelum kamu terlewat.Allah masih bagi kamu peluang untuk
perbetulkan kesalahan kamu.Pintu taubat tu luas,nak.Allah berfirman dalam surah
Az-Zumar, ayat 53, Katakanlah: "Hai
hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa
semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Allah kuatkan lagi,Allah tekankan lagi,betapa luasnya pintu taubat Allah
ni,Allah ceritakan pula dalam surah as-syura ayat 25“Dan Dialah yang menerima taubat dari
hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu
kerjakan.” Terlampau banyak
Hafiz,ayat yang Allah ceritakan pada hambaNya betapa luas pintu taubat tu.Tinggal
kita je yang nak sedar atau nak biarkan peluang yang Allah bagi tu berlalu
macam tu je.Allah tak lihat besar dan banyak mana dosa yang kita buat
Hafiz.Tapi Allah tengok sejauh mana kesungguhan kita untuk kembali kepadaNya”.
Laju air mata
mengalir di pipi lelaki itu.Saat itu perasaan malu sudah dibuang sejauh
mungkin.Sungguh,dia tersentuh.Dia tersentap.Betapa selama ini Allah telah
memberi ruang untuknya.Allah menganugerahkan kecukupan baginya,tapi dia tidak
bersyukur.Lantas tangannya mencapai tangan Imam Amin lalu disampaikan hajat di
hati.Aku ingin berubah.
Usai menunaikan solat terawih,Amar berteleku di atas
katil,bermuhasabah diri dan merenung dosa-dosa silam.Teringat dia tazkirah dari
Saif sewaktu menunggu waktu Isya’ tadi.Kata Saif, kadang-kadang manusia itu
sering lupa akan asal usul sendiri.Sering lupa jasa ibu dan bapa.Bahkan yang
lebih menggerunkan lagi,hingga sanggup membuang ibu bapa dalam mengejar sesuatu
yang tidak pasti.Walhal ibu dan bapalah yang bersengkang mata untuk menjaga
kita.
Amar bangun dari katil.Tangan laju mencapai Quran yang sering
kali menjadi peneman setelah Quran itu lama dibiarkan berhabuk.Dia menyelak
Quran itu sehingga bertemu surah al-ana’am.Niatnya ingin menyambung bacaan yang
ditinggalkan petang tadi.Usai bertadarus,dia merenung satu persatu makna ayat
yang dibaca.Mata seolah-olah terhenti pada ayat ke 151. Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan
oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah
sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.”
Al-Quran di tangan ditutup dan diletak ke atas rak
kembali.Kakinya laju melangkah keluar dari bilik.Ibu yang sibuk di dapur
dihampiri.Dia melutut.Menangis.Meratapi perbuatan zalimnya terhadap seorang
yang bergelar ibu.Emak lantas meraih bahunya lalu tersenyum.Syukur.
“Alhamdulillah, anakku Hafiz telah Kau pulangkan Ya Allah,” rintih emak di dalam hati.
Petang itu Hafiz sibuk membantu emaknya di dapur.Katanya,dia
ingin berbakti kepada ibunya itu bagi menebus dosa-dosanya.Usai berbuka puasa
dan solat maghrib,dia duduk di sisi ibunya.
“Mak,dulukan adik ada cakap dengan mak yang adik nak hafal
Quran.Tapi adik baru hafal sikit mak.Adik takut tak sempat nak habiskan,”kata
Amar.
“Kenapa adik cakap macam tu nak?InshaAllah sempat lagi adik
nak habiskan.Tak pelah,sambung waktu raya pun bolehkan”tutur wanita itu
lembut.Riak risau di wajah sebolehnya cuba disembunyikan.
“A’ahkan mak.Malam ni pengunguman raya kan mak?Dah lama adik
tak dengar pengunguman raya dengan puasa.Tapi sedihkan mak,Ramadhan dah nak
tinggalkan kita.Entah adik sempat lagi ke tak Ramadhan akan datang.Dahlah tahun
ni baru nak puasa.Adik menyesal mak,menyesal dengan masa lalu adik,” sayu Amar
bersuara.
“InshaAllah nak,sempat.Doa pada Allah.”
“Mak,adik nak minta maaf sangat-sangat.Dah lama adik tak
jenguk mak.Raya pun adik tak balik.Adik berdosa mak.Adik tak dapat nak maafkan
diri sendiri bila adik ingat yang adik halau mak dari rumah adik sebab perempuan
yang entah mana-mana.Dahla malam kan waktu tu mak.Hujan lagi.Tapi waktu adik
bodoh.Adik menangkan nafsu dari rasional akal.Adik tak pergi cari mak,”Amar
tidak mampu lagi membendung air matanya.
“Mak dah lama maafkan adik.Mak tahu,waktu tu adik macam
mana.Mak faham adik.Zaman muda,lagipun mesti adik malu ada mak macam ni
kan,”kata wanita itu.
“Mak,adik bangga dapat mak macam mak.Sebab mak is the best in
the world.Hehe.Mak is awesome. Adik sayang mak dunia akhirat,”lantas Amar
meraih tangan ibunya dan mencium tangan wanita itu.Lama dia berbuat
begitu.Sungguh,dia rindu.Rindu yang tersangat menggebu.
Pagi yang tenang itu,wanita itu masuk ke bilik Amar.Terpamer
senyuman semanis mungkin kerana dia bakal merayakan satu syawal dengan anak
yang sangat dirinduinya.Tangan menolak daun pintu tapi kaki tidak jadi
melangkah.Serasa tidak lagi berpijak di bumi yang nyata.Air mata sudah jatuh
berjujuran.Tidak dapat diseka.Amar Hafiz masih lagi di sejadah.Sedang sujud
menghadap penciptaNya.Hati merintih,namun wanita itu redha.Ini ketentuan
daripada Maha Esa. “Terima kasih Allah,kerana Kau masih memberi dia peluang
untuk bertaubat dan Kau berikan aku masa untuk merasai kembali kehadiran anakku
ini di sisi.Aku redha.Pergilah Muhammad Amar Hafiz dengan tenang,”bisik hati
wanita itu.
0 comments:
Post a Comment