Mencintai Pemberi Nikmat
Sihat
Islam
merupakan sebuah agama nasihat . Islam tidak menyempitkan skop ibadah hanya
ditikar sejadah, malahan semua perkara yang dilakukan niat kerana Allah dikira
sebagai ibadah . Islam menasihati manusia untuk hidup dengan cara sihat . Islam
menggalakkan umat islam bersedia mental dan fizikal sebagai persediaan berjuang
di jalanNya .
Hadis
riwayat Imam Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w menyebut “Dua nikmat yang sering
dilupakan oleh manusia iaitu nikmat sihat dan masa lapang “ . Sebagaimana tajuk
entri-entri kita yang menekankan konsep IHSAN itu sendiri , ia sebenarnya sekaligus
turut dikaitkan dengan nikmat sihat dan
masa lapang itu sendiri .
IHSAN . Seorang yang berihsan tidak
akan membiarkan masa lapangnya berlalu dengan perkara yang sia-sia ibarat
menghitung bulu kambing . Dan seorang yang berihsan juga akan mensyukuri segala
nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya . Marcapada ini , bolehlah dikatakan
bahawa masyarakat dizaman ‘dunia dihujung jari’ amat jarang menjadikan riadah
sebagai aktiviti lazim . Tamsilnya , para pelajar lebih memilih untuk
menghabiskan masa dengan tidur , bermain permainan video
, atau ‘meneroka’ internet . Kononnya waktu ini adalah waktu ‘FREEDOM’ mereka ,
berehat daripada segala aktiviti luar . Namun begitu , adakah ‘FREEDOM’
sebegini rupa yang diajarkan Islam? Tidak , Islam menggalakkan umatnya mengisi
setiap detik dengan perkara bermanfaat , mencapai ‘FREEDOM’ dengan membebaskan
diri daripada penjajahan nafsu , malahan dari segi saintifik sekalipun perkara ini
sangatlah tidak baik untuk kesihatan .
Islam mengajar umatnya mencintai
kesihatan . Islam mengajar umatnya bergerak aktif maju kehadapan . Islam juga
mengajar umatnya mensyukuri nikmat kesihatan . Masyarakat seharusnya menjadikan
aktiviti riadah sebagai suatu kelaziman kerana ianya mendatangkan pelbagai
kebaikan , juga sebagai mensyukuri nikmat sihat yang Allah kurniakan . Riadah
akan menjadi satu aktiviti indah sekiranya kita menjaga serta tidak melakukan perkara
yang dilarang Allah s.w.t .
Riadah Indah Tanpa Dedah ,
Riadah Indah Dengan Redha
Indahnya riadah tanpa pendedahan aurat .
Sesungguhnya aurat itu bukanlah satu beban tetapi ianya suatu perisai ,
melindungi dari kecelakaan dan maksiat . Aurat wanita sering ditekankan oleh
masyarakat kini , mungkin kerana aurat wanita nampak sangat jelas sekiranya
tidak dilindungi . Namun , aurat lelaki iaitu lutut selalu dipandang sebelah
mata atau di’halal’kan sahaja oleh masyarakat. Pemakaian seluar pendek yang semakin
menular menjadikan ramai orang mengganggap ianya sebagai suatu kebiasaan .
Indahnya riadah tanpa percampuran atau
ikhtilat antara lelaki dan wanita . Riadah pada asalnya merupakan satu langkah
penjagaan kesihatan menjadi sia-sia sekiranya pergaulan bebas terjadi . Ini
kerana satu lagi penyakit akan timbul , iaitu penyakit rohani atau dikenali
sebagai penyakit ‘maksiat’. Hendaklah disedari Mukmin yang kuat itu berkualiti
dari dalam dan luarnya .
Indahnya aktiviti riadah sekiranya kita mengambil
peluang itu untuk memuji kebesaran Allah taala
, melihat kurniaan ciptaan Allah s.w.t , bertahmid dan bertasbih
kepadaNya . Indahnya riadah sekiranya kita menjadikannya peluang untuk bersilaturrahim
antara ahli keluarga dan rakan-rakan sebagaimana didalam surah al-hujurat ayat
10 , ‘ sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara’ .
Indahnya riadah sekiranya manusia menjaga
akhlak serta perlakuan mereka . Sesungguhnya menjaga akhlak amat perlu bagi
para da’ie islam pada setiap masa kerana ia mampu menjadi suatu dakwah bilhal
terhadap masyarakat luar . Indahnya riadah sekiranya kita menjaga mata dari
perkara yang tidak elok . Bak kata orang , ‘dari mata TURUN ke hati’ . Sekiranya mata memandang sesuatu yang tidak
elok , kita takut hati kita juga tidak elok .INGAT !!
Ikutlah
JalanNya dalam setiap perkara kerana jalanNya lebih cantik dari apa yang kita
rancang . BerIHSANlah dimana jua kerana kitakan makin dekat kepadaNya .
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik peneman .
0 comments:
Post a Comment