Assalamualaikum…
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian
alam,selawat dan salam ke atas nabi Muhammad S.A.W.
Bertemu kembali kita dalam entri terbaru yang akan membawa kita meneroka
dan menyelusur secara lebih mendalam di
balik tabir nilaian ihsan.Telah banyak yang telah kita temui dalam entri-entri
yang lepas.Kali ini akan kita tingkatkan lagi tahap ihsan kita menerusi
riadah,lantas mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.Ramai antara kita yang
tidak sedar perlunya kewujudan ihsan dalam beriadah.Kenapa?Kerana mereka tidak
menganggap riadah satu aspek yang penting dalam kehidupan insani.Sedangkan
riadah atau bersukan membawa impak yang besar dalam kehidupan remaja-remaja
lewat era ini.Bidang ini tampak begitu popular dalam kalangan masyarakat kini,sejajar dengan
lonjakan peningkatan arena sukan negara terutama bola sepak.
KEMANISAN RIADAH DISULAM KEINDAHAN IHSAN
Seperti yang kita sedia maklum,riadah mampu melahirkan masyarakat yang
cerdas pemikiran disamping kuat fizikal,sebagaimana pepatah arab ada menyebut
"akal yang sempurna ada pada badan yang sihat".Betapa pentingnya
kesihatan bagi kita kerana hanya dengan kesihatan yang sempurna kita mampu melaksanakan pengabdian dan ibadah yang
kamil.Tanpa kesihatan,kemungkinan akan berlaku kepincangan atau kekurangan
dalam kita melaksanakan ibadah-ibadah seperti solat,pergi menunaikan
haji,menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.Sebab itulah nabi Muhammad S.A.W menggalakkan kita beriadah
untuk melahirkan ummah yang kuat dan sihat.Sesungguhnya Rasulullah pernah
bersabda mafhumnya,"mu'min yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah
daripada mu'min yang lemah".Ini kerana hanya mu'min yang kuat mampu
menggerakkan kerja-kerja dakwah islamiah,meneruskan perjuangan Rasulullah menyebarkan
dan menegakkan kalimah Tauhid.
Sabda Nabi S.A.W lagi,"nasorani as syabab"
maksudnya,penolongku (dalam perjuanganku
)adalah pemuda-pemuda.Jadi ,kita sebagai pemuda pemudi islam harus menggarap
peluang yang terbentang dalam lapangan riadah ini untuk mengembangkan sayap
empayar islam.Sebelum pergi jauh,jom kita menyingkap kembali sunnah Nabi yang
seakan dilupakan pada masa kini iaitu sukan memanah,berkuda dan berenang.Ini
lah riadah yang dianjurkan Nabi kita.Sesungguhnya disebalik aktiviti ini
tersirat ribuan hikmah buat sesiapa yang mempraktiskannya.Namun tidak menjadi
masalah untuk mengamalkan riadah yang selain daripada itu asalkan tidak
bertentangan dengan ajaran islam.Biarlah riadah kita sentiasa berlandaskan lunas-lunas yang digariskan syarak.
Dari sinilah kita akan membicarakan mengenai ihsan dalam beriadah.Bila
mulut menyebut ihsan,terus terbayang di minda yang kita perlu melakukan sesuatu
dengan sebaik-baiknya seolah-olah kita melihat Allah,dan jika kita tidak
melihat Nya,sedarlah bahawa Allah melihat segala gerak geri kita yang sembunyi
atau nyata.Justeru.dalam beriadah juga kita perlu berihsan kerana boleh jadi
riadah yang kita lakukan itu dinilai oleh Allah sebagai sebahagian daripada
ibadah di sana kelak.
CARA BERIHSAN DALAM BERIADAH
Yang paling penting ketika beriadah,kita perlu menjaga akhlak dan
tingkah laku sesuai dengan status kita sebagai seorang mu'min.Bila kita sebagai
mu'min,marilah kita menjadi kudwah(contoh) terbaik buat orang lain.Riadah
bukanlah medan untuk kita bergaduh,bertengkar dan saling sumpah seranah antara
satu sama lain.Malah,inilah medan untuk kita tonjolkan nilai-nilai islami
,sebarkan keindahan dan kelembutan islam.Kita harus bertolak ansur serta
berlemah lembut dengan rakan-rakan ketika melakukan riadah.Sikap ini bukanlah
menunjukkan kita lemah,bahkan ia melambangkan kemuliaan dan kemurnian diri
insan.Menyelam sambil minum air.Begitulah diumpamakan orang yang
berakhlak mulia dalam beriadah.Riadah bukan sahaja mampu menyihatkan tubuh badan,dalam
masa yang sama,mereka mampu menambahkan kenalan baru disamping mengeratkan
ukhuwah antara kawan.
Selain itu,kita juga dituntut menjaga aurat ketika beriadah.Ini juga
termasuk dalam bab ihsan dalam beriadah.Matlamat tidak menghalalkan cara.Jadi,apa-apa
pun aktiviti riadah yang kita lakukan wajib menutup aurat dengan sempurna.Bagi
lelaki,pakaian mestilah melepasi paras lutut,manakala bagi perempuan pakaiannya
perlulah menutup seluruh anggota badan.Elakkan berpakaian terlalu ketat
sehingga menampakkan susuk badan.Di samping itu,dalam beriadah selitkan sikap
cakna terhadap kawan-kawan.Bagaimana?Praktiskan amalan saling menasihati antara
sahabat.Jika kawan kita berpakaian tidak elok,bagilah nasihat membina kepadanya
dengan cara berhemah.
Hukama' mengatakan "sesiapa yang menasihati
saudaranya secara bersendirian,perbuatannya itu merupakan
nasihat.sementara sesiapa yang
menasihati saudaranya dihadapan manusia,sesungguhnya dia telah
mencelanya".Semoga redo Allah sentiasa mengiringi kita setiap masa.
Seperkara lagi yang dipandang remeh olek kebanyakan kita ialah berkaitan
masa,terutama masa kita dengan Allah.Biasanya kita beriadah selepas solat asar
sehingga lewat petang.Adakalanya terlalu leka bermain sampaikan tidak sedar
azan maghrib dah berkumandang,sehinggakan kita kelewatan menyempurnakan
kewajipan kita terhadap Allah.
Sesungguhnya Allah tidak suka hambanya
melewat-lewatkan solat,sebagaimana kita tidak suka orang yang melewati waktu
perjanjian.
Jadi,untuk memghiasi diri kita dengan nilaian
ihsan,kita perlu peka dengan waktu.Ambillah inisiatif berhenti beriadah atau
bermain, setengah jam sebelum masuk waktu maghrib.Waktu setengah jam itu boleh
digunakan untuk membersihkan diri sebagai persediaan ke masjid bagi
lelaki.Inilah yang dinamakan ihsan,bilamana kita tidak mengabaikan
tanggungjawab dalam keseronokan beriadah.
Tuntasnya,dengan ihsan menjadikan segala aktiviti yang kita lakukan
dikira ibadah oleh Sang Pencipta.Tidaklah riadah kita jadi sia-sia,hanya
mendapat kepenatan semata-mata,malah diganjarkan Allah dengan pahala dan
syurga.Sebagai hamba,itulah yang kita dambakan dan impikan.Justeru janganlah kita mensia-siakan
peluang ini.Ayuh bangkit,jadilah hamba yang cergas berminda kelas pertama
dengan membawa imej islam.
0 comments:
Post a Comment