Siapa
kata Islam melarang umatnya untuk berhibur?
Hiburan
merupakan suatu perkara yang menjadi kesukaan manusia secara fitrahnya.
Meskipun, minat atau kecenderungan manusia terhadap sesuatu perkara yang
disukai adalah berbeza-beza namun, selagimana ia memberi kegembiraan kepada
hati individu itu adalah hiburan.Konsep hiburan sangat meluas mengikut
peredaran masa, sehinggakan islam tidak memperincikan bentuk-bentuk hiburan.
Persoalannya, apakah islam membenarkan umatnya untuk berhibur sedangkan Allah ciptakan manusia untuk beribadah?
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan
jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(surah Az Zariyyat :56)
Siapa
kata islam melarang umatnya berhibur sedangkan islam sangat meraikan malah
tidak pernah menyekat naluri penciptaan manusia dari segala apa yang menjadi
fitrah kesukaannya. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri berpesan kepada para sahabat
agar hidup dalam keadaan fitrah kerana islam itu sendiri merupakan agama
fitrah. Justeru, islam membenarkan umatnya berhibur selagimana ia tidak
bertentangan dengan syara’ dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
agar hiburan itu menjadi sebahagian daripada pahala ibadah.
“Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah
yang dihalalkan bagi mereka?." Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang
baik-baik” (Al-Maidah :4)
Konsep
hiburan dalam islam bukanlah semata-mata untuk mencapai tahap kepuasan hati
sehingga melampaui batas syariat dan bebas dari nilai-nilai agama malah, islam
sendiri akan memastikan umatnya memperolehi faedah dan menfaat daripada hiburan
agar segala rutin kita sentiasa berada dalam lingkungan pengabdian kepada Allah
SWT meskipun ianya berbentuk hiburan hati.
Oleh hal demikian, bertepatan dengan konsep ihsan
yang telah ditekankan pada
penulisan-penulisan yang lalu, konsep ini juga boleh dipraktikan ketika
berhibur agar tidak bercanggah dengan kehendak agama seperti melakukan
perkara-perkara haram, melalaikan dan memudharatkan. Hasilnya, bukan sahaja
hati menjadi senang malah kesihatan dan amalan juga mendapat jaminan daripada
Allah SWT. InsyaAllah ..
“Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah..”
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah..”
-Nazrey Raihan-
0 comments:
Post a Comment