Pelajar
Hidupmu disinari cahaya ilmu
Setiap penjuru hidupmu
Akan dilengkapi dengan buku
Tapi..
Bagaimanakah untuk mendapatkan ilmu itu?
Ihsan
Itulah jawapan mapan
Membantu pelajar menjadi insan
Yang sentiasa mempunyai masa depan
Dan mengelak setiap tanggapan
Yang jelek lagi merosakkan
Ihsan
Itulah juga ungkapan terbilang
Bagi membentuk pelajar gemilang
Di dunia dan hari Pembalasan.
Bila kita bercakap mengenai ilmu, sudah semestinya kita akan berbicara perihal pelajar. Ilmu itu penyuluh kehidupan dan mesti dipelajari tidak kira di mana kita berada. Jadi, untuk menimba ilmu, seseorang pelajar itu perlu melakukan sedikit perubahan dalam kehidupannya supaya proses untuk mendalami dan memahami sesuatu ilmu itu akan menjadi mudah dan berkesan.
Tanpa
perlu bercerita panjang mengenai ilmu, tidak dapat tidak seseorang pelajar itu
perlu menerapkan ihsan dalam kehidupannya bagi mencapai cara hidup pelajar yang
'perfect'. Ihsan dalam hidup seseorang pelajar merupakan tulang belakang atau
salur darah tunjang yang sentiasa membawa pelajar ke jalan yang diredhoi oleh
Allah.
Persoalannya,
bagaimanakah sifat Ihsan ini dapat mebentuk peribadi seorang pelajar yang
mulia? Begini jawapannya. Sifat Ihsan dapat membentuk peribadi mulia kerana
ianya membolehkan seseorang pelajar itu stabil dan seimbang dari segi mental,
fizikal, rohani dan intelek.
Yang
pertama, jika pelajar itu menerapkan ihsan dalam kehidupan sehariannya, mereka
dapat membentuk mental atau akal yang cerdas dan fikiran yang matang. Jadi, mereka
dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Selain itu, setiap pandangan dan idea
yang dilontarkan oleh seorang pelajar yang mempraktikkan ihsan juga akan
menjadi bernas dan segar. Mental cerdas yang terbentuk juga membolehkan mereka
berfikir tentang keindahan alam ciptaan Allah dalam setiap setiap langkah
mereka dan sentiasa positif menghadapi sebarang kesulitan.
Dari
segi fizikal pula, kesihatan tubuh badan seseorang pelajar akan sentiasa sihat,
cergas dan tidak mudah jatuh sakit jika Ihsan disertakan dalam hidup mereka.
Kajian membuktikan bahawa jika seseorang sentiasa berfikiran positif, ion-ion
positif akan tersebar keseluruh badan dan menjadikan orang itu sentiasa berseri
dan yakin untuk berada di khalayak ramai. Disamping itu, dengan badan yang sihat,
sifat ihsan dalam diri seorang pelajar akan mendorong mereka untuk sentiasa
membantu orang lain yang memerlukan melalui kerja-kerja amal dan sebagainya.
Dengan melakukan kerja amal itu mereka yakin akan lebih dekat dengan Allah
kerana manusia yang paling dicintai oleh Allah ialah mereka yang paling banyak
memberi manfaat kepada orang lain. Pepatah Arab juga ada menyebut, akal yang
cerdas datang dari badan yang sihat. Jadi sudah terang lagikan bersuluh sifat
ihsan dapat melahirkan pelajar yang cerdik pandai.
Seterusnya,
untuk menjadi pelajar berketerampilan tinggi, suapan terhadap mental dan
fizikal semata-mata tidak mencukupi. Salah satu aspek yang amat penting dan
perlu dalam setiap kehidupan pelajar ialah aspek rohani. Dengan ihsan, aspek
rohani atau dalaman seseorang pelajar akan terisi dengan akidah yang sejahtera,
ibadah yang mantap dan akhlak yang terpuji. Memandangkan aspek rohani ini
bersangkutan dengan soal akidah, sesorang pelajar itu tidak akan mudah
terpengaruh dengan anasir-anasir kotor yang kian menular dalam era globalisasi
ini dan tidak mudah putus asa. Contohnya, jika seorang pelajar yang menanam
sifat ihsan dalam kehidupannya, dia tidak akan mudah putus asa jika gagal dalam
sesuatu percubaan dan sebaliknya bangkit untuk menjadi pelajar yang lebih baik.
Oleh itu, secara tidak langsung, sifat ihsan ini dapat menjadikan para pelajar
yang 'alah bisa tegal biasa'.
Yang
keempat dan yang terakhir ialah aspek intelek iaitu kecerdikan atau kepandaian.
Ihsan dapat membantu seseorang pelajar itu belajar dalam keadaan tenang dan
penuh semangat. mereka juga akan terlatih untuk menjadi lebih berdisiplin. jika
mereka sudah belajar dengan tekun, sudah pastinya kejayaan akan menjadi milik
mereka. Kejayaan yang mereka kecapi itu pula membolehkan mereka berkhidmat
kepada masyarakat kerana sifat ihsan mengajar mereka supaya tidak mementingkan
diri sendiri bagi mengejar syafaat Allah.
Kesimpulannya,
sifat ihsan dalam kehidupan seorang pelajar sememangnya sangat penting bagaikan
jantung yang mengepam darah ke seluruh badan membawa bekalan gas oxygen dan
tanpanya manusia itu akan mati. Tanpa ihsan dalam hidup, seseorang pelajar itu
akan menjadi perosak bangsa dan bukannya pemangkin negara.
"Kejayaan
tanpa ihsan tidak memberi sebarang makna umpama tin-tin kosong yang air lalu
mewujudkan karat yang membahayakan. Islam, Iman dan Ihsan itulah yang menjadi
pencetus kejayaan umat."
0 comments:
Post a Comment