Realiti situasi pada hari ini sangat berbeza dengan zaman dahulu. Semakin hari semakin banyak perubahan di sekeliling kita dan yang paling ketara sekali ialah sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat pada masa kini yang lebih gemar hidup bersendirian daripada bersosial dengan masyarakat. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini ialah penggunaan gajet-gajet yang dilihat begitu berguna dan memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Tidak dinafikan betapa pentingnya teknologi kepada manusia pada zaman ini lebih-lebih lagi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang dapat membantu melancarkan urusan harian manusia . Walau apa pun,hal ini bukanlah satu masalah besar yang perlu dibanteras tetapi hanya perlu kepada penjagaan dan penelitian oleh individu tertentu agar masyarakat sentiasa menitikberatkan aspek moral ketika menggunakan teknologi tersebut.
Sebagai
muslim apa yang lebih penting untuk dicapai ialah mendapat redha Allah dalam
setiap urusan yang kita lakukan tak kira dalam situasi apapun. Persoalannya,
adakah bersosial melalui laman sesawang juga dikira sebagai satu perkara yang
dapat mendekatkan diri kepada Allah? Jawapannya sudah tentu benar dengan syarat
tidak melanggar dan bertentangan
dengan syariat islam. Apa maksudnya? Maksudnya tidak salah untuk kita bersosial
tapi jangan sampai melakukan perkara yang dilarang oleh islam, contohnya tidak menggunakan
media sosial seperti facebook untuk mencari publisiti semata-mata sebaliknya
menjadikannya sebagai medium untuk berdakwah dan berkongsi segala ilmu yang ada
kepada masyarakat luar sana.
Prof dr muhayya ada mengatakan, “betapa
indahnya apabila seseorang mengharapkan keredaan Allah melebihi
segala-galanya kerana pada waktu itu
baginya dunia hanyalah tempat persinggahan untuk mencari sebanyak mana bekal
sebagai tiket untuk melepasi destinasi seterusnya.” Ibaratnya kita yang dalam
perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi lain tidak akan terfikir untuk tinggal lama
di hentian rehat kerana kita tahu yang hakikat perjalanan kita bukanlah ke
hentian rehat sebaliknya ke destinasi lain dan kita akan cuba sedaya upaya
memikirkan cara yang terbaik untuk sampai ke sana dalam keadaan yang selamat.
Begitu jugalah perjalanan hidup kita yang seringkali dinodai habuan dunia
sehinggakan lalai dari mencari bahagian untuk ke akhirat. Justeru, bermedia sosial
adalah salah satu langkah terbaik untuk menambahkan lagi akaun pahala kita ke
syurga bahkan ia merupakan wasilah terbaik selaras dengan konsep islam yang sebenar
iaitu waqi’iyyah.
Ada juga
persoalan yang timbul, bagaimana pula cara untuk berihsan dalam media sosial?
Hal ini biasa berlaku kepada semua orang yang pernah berdakwah dalam media sosial
tak kiralah facebook ke twitter ke yang mana kadang-kadang terlintas dalam
fikiran mereka, ‘Adakah cara aku ini betul untuk dakwah orang?”, “tapi kenapa
aku rasa aku buat ni sebab nak dapat perhatian orang lain”. Maka hal inilah
yang menghalang seseorang daripada berlaku ihsan semasa bermedia sosial kerana
ihsan itu sendiri bermaksud kebaikan iaitu kita buat sesuatu perkara
seolah-olah kita lihat Allah, jika kita rasa kita tidak lihat Allah maka yakinlah Allah melihat kita. Dalam
erti kata lain kita akan sentiasa berhati-hati apabila bermedia social kerana
kita yakin Allah sedang memerhatikan setiap tindak tanduk perbuatan kita yang
tidak lalai dari catatan raqib dan atid dan apabila terasa diri tersasar secara
automatiknya kita akan kembali memohon ampun kepadaNya.
Antara beberapa perkara yang perlu sentiasa
diingat apabila bermedia sosial ialah pertama motif kita. Persoalkan balik pada
diri “Apakah tujuan aku bermedia sosial?” yang pasti seharusnya motif kita
adalah untuk mencari redha Allah.
Yang kedua, berkaitan ikhtilat. Hal ini yang
seringkali diabaikan oleh masyarakat pada hari ini. Ikhtilat bukan sahaja
berlaku apabila bertemu secara berhadapan tetapi boleh berlaku juga melalui
laman sesawang. Hal ini kerana berapa ramai dari kalangan pengguna media social
yang menyalahgunakan kemudahan berchatting sebagai medium untuk mencari jodoh.
Hal ini sangat bertentangan dengan islam yang menitikberatkan nialai-nilai
murni dan aspek maruah seseorang terutama bagi mereka yang bergelar wanita.
Yang ketiga,pastikan setiap apa yang
disampaikan tidak menyinggung perasaan orang lain dan sentiasa menggunakan
kata-kata yang lemah lembut agar mereka mudah menerima segala nasihat dan
teguran yang disampaikan.
0 comments:
Post a Comment