Tuesday, 10 December 2013

Ihsan dalam bermedia sosial



       Alhamdulillah,kalungan kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat  Ilahi atas kurniaan nikmat iman dan islam kepada kita sebagai hambaNya yang bertuah dan terpilih.Kitalah ‘khairul ummah’,menyeru kearah kebaikan serta mencegah kemungkaran.Sedarkah kita dengan status  terbaik  yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada kita? Seterusnya, sedarkah kita dengan ‘job skop’ kita?

     Justeru, dalam menelusur arus globalisasi dan modenisasi kini,kita sebagai ‘khairul ummah’ harus lebih kreatif dan inovatif mengaplikasikan kemudahan yang ada untuk melaksanakan ‘job skop’ kita itu.Dengan wujudnya laman-laman sosial seperti  facebook,twitter,frenster dan sebagainya menjadikan segala-galanya tampak mudah dan menyeronokkan, kadang-kala menghanyutkan kita dengan arusnya yang tenang,namun tanpa kita sedar, arus itu berpuaka. Alangkah ruginya jika kita sanggup melaburkan masa begitu panjang menghadap  laman-laman sosial ini tanpa sedikit pun kebaikan atau kebajikan dicurahkan ,mahupun dipungut.

     Seketika dahulu,jika ditanya remaja-remaja hobi apakah yang diminati,dijawabnya membaca buku cerita atau mengumpul setem.Berbeza dengan zaman sekarang.Seiring dengan peredaran zaman,rata-rata remaja sekarang termasuklah kita-kita ni,lebih gemar mengisi masa lapang mereka hanya dengan laptop atau smartphone masing-masing,melayari laman sosial facebook dan sebagainya.Ini tidak menjadi masalah sebenarnya,bak kata orang dunia sudah maju,zaman sudah berubah.Namun,apa-apa pun yang kita kerjakan,IHSAN itu dilupa jangan.

  Pernahkah sahabat-sahabat  dengar  istilah ihsan dalam bermedia sosial?
“ihsan,emm,biasa la tu…”

 Bagi yang sudah biasa dengar,teruskan mengamalkannya,kerana ihsan ini bukan sekadar retorik,bahkan ia lebih kepada praktikalnya.

”bagaimana ye ihsan tu…?” 

Bagi yang ‘first time’ dengan istilah ini,tidak mengapa,jom kita sama-sama meneroka apa itu ihsan dalam bermedia sosial.
Macam menarik je.huhu poyo.Tetapi benarlah,tidak dapat disanggah lagi bahawa membawa islam itu indah dan menarik.

     Ihsan disini bermaksud,kita berusaha menggunakan media-media sosial yang wujud kearah kebaikan.Sekilas pandang  tampak begitu sukar,kerana buana ini diselaputi anasir-anasir yang tidak baik dan melalaikan.Namun,kita berusaha menongkah  anasir ini dengan terbaik.Inilah yang dinamakan ihsan dalam bermedia sosial.

     Kawan-kawan,masih ingat lagi tentang  ‘job skop’ kita yang dinyatakan di atas? Amal ma’ruf,nahi munkar.Jadi apa kata kita gunakan peluang yang terbentang luas di depan kita dengan sebaiknya untuk islam.Disini,kreativiti diperlukan untuk kita menguasai media ini dengan penuh ihsan.Siapa sangka dengan berfacebook, bertwitter menjadi saham kepada kita menuju syurga sana.Jadikan media-media sosial sebagai jambatan untuk kita ke syurga.Bagaimana?Jom kita praktiskan tip-tip mudah berihsan dalam media sosial semoga jambatan syurga kita terbina kukuh disamping ibadah-ibadah kita yang lain.

  •      Medan menyebarkan tinta hikmah

‘Sampaikan dari aku walaupun satu ayat’
Hadis ini umum untuk semua ummah termasuk kita,tidak pun dikhususkan untuk ustaz ustazah,mu’allim muallimah,hafiz hafizah sahaja.Jadi kita perlu mencabar diri sendiri.Sematkan dalam diri,”hari ini aku harus memberi sesuatu untuk ummah,cipta sesuatu untuk islam”.
Bermula dari celik mata di pagi hari,alang-alang kita berfacebook,apa kata kita cipta status membina:

“Alhamdulillah,Allah memberi kita kehidupan setelah kematian kecil menjemput kita semalam”.
“jom senyum! Senyum itu sedekah J

‘Simple’,namun membawa mesej yang bermakna.Bila orang lain membacanya,dengan sendiri kita membawanya berfikir sejenak,hatinya mula bergetar menyebut nama Allah,mensyukuri nikmat Allah.Lantas dia tersenyum kepada rakan-rakan disekelilingnya.Tanpa sedar saham akhirat kita meningkat.Menarik bukan?

Mudah tak nak berihsan dalam bermedia sosial?Begitu mudah J

  •      Platform menimba mutiara ilmu

Ada antara kita yang mengeluh,
“aku tidak ada apa-apa untuk dikongsi dengan kawan-kawan di laman sosial,aku punya bahasa pun tidak berapa nak puitis L
Tidak mengapa,jangan bersedih.Kita cari altenatif lain.Jadikan laman ini sebagai platform untuk kita mengutip mutiara-mutiara ilmu.Rajinkan diri membaca status-status ilmiah,melawat page-page mendidik jiwa seperti PI2 .Promote page pulak .hehe.

Sambil-sambil itu,ringankanlah tangan kita meng ‘like’ atau ‘share’ status-status membina yang dicipta kawan-kawan kita.Sedar atau tidak,sekecil-kecil usaha kita itu,memberi makna yang besar buat kawan-kawan kita,kerana tindakan kita ini mampu mengembirakan hati seorang insan bernama kawan.Malah mampu memberi galakan dan dorongan untuknya  kearah kebaikan.

Hal ini lebih baik untuk menunjukkan ihsan kita dalam bermedia sosial,daripada kita merapu yang bukan-bukan,dikhuatiri mengundang dosa dan murka Alah ke atas kita.

  •       Pengkalan isu semasa

Di samping perkara-perkara di atas,media sosial juga boleh dijadikan pengkalan isu semasa.Menjadikan kita cakna dan celik tentang isu-isu yang berlaku di sekitar kita.Kita sekarang bukan lagi seperti katak dibawah kaca,yang hanya mampu melihat suasana luar,tetapi tiada keupayaan untuk bersuara apatah lagi bertindak.Kemodenan kini mampu membebaskan kita dari kepompong jahiliyah.Ini kerana,kita sebagai orang yang berpendidikan  mampu membuat penilaian dengan kaca mata kita  sendiri.Kita bukan lagi boneka yang mudah ditipu oleh pihak-pihak yang berautoriti.

Sesungguhnya orang yang berihsan dalam situasi ini ialah mereka yang memandang dan menilai sesuatu isu dengan pandangan mata hati.Mereka menggali hikmah, sebab dan akibat dari apa yang mereka baca,lantas mereka menemui input yang terbaik.

     Kawan-kawan,betapa begitu mudah untuk mengaplikasikan ihsan dalam bermedia sosial.Namun,usaha ini harus berterusan untuk menghindari diri dari perbuatan-perbuatan melalaikan yang  sedia terhidang  di hadapan kita.Dengan ihsan kita lari dari benda yang sia-sia.Dengan ihsan kita berpaling dari prasangka buruk.Dengan ihsan juga kita jauhi dari kata-kata nista.Kerana kita sedar,kita tidak pernah bersendirian.Kita sedar Allah sentiasa bersama kita,melihat segala perbuatan kita,menghitung segala amal kita.
  
      Semoga kita sama-sama mengimarahkan media-media sosial dengan keindahan islam,sama-sama kita sebarkan haruman syurgawi.

0 comments:

Post a Comment