Ikhlaslah…
Realiti membuktikan bahawa setiap manusia
dihadapkan dengan pelbagai pilihan.Sudah tentu dalam menjaga diri sebagai
muslim,pilihan-pilihan yang baik harus dipilih.Setiap perbuatan yang kita
aplikasikan hasil pilihan sendiri menuntut rasa keikhlasan daripadanya.Percaya
atau tidak,hidup manusia diisi dengan perbuatan dan perkataan.Dalam
islam,setiap amalan yang dikerjakan harus ada padanya ikhlas.Wujudnya ikhlas
selepas wujudnya kefahaman atas tujuan
melaksanakan setiap amalan.Sesuailah dengan definisi ikhlas yang bertujuankan
redho Allah.
Ikhlas diperlukan dalam setiap cabang hidup dan
juga urusan harian.Dalam bekeluarga,ikhlas perlu dalam berbakti kepada ibu
bapa.Untuk menyenang kan hati mereka,segala suruhan mereka kita kerjakan.Adakah
kita mengerjakan suruhan ibu bapa dengan hati terbuka atau hanya sekadar
melepaskan batuk ditangga.Jika ikhlas gagal dijinakkan sudah pasti anak-anak
akan mengeluh.Allah berfirman”
maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan
janganlah kamu membentak mereka”,surah Al isra:23.Sesungguhnya kesan tidak
ikhlas dalam berbakti kepada ibu bapa mampu merundum iman kita sebagai seorang
anak jika berlakunya perkara yang dilarang oleh
Allah.
Begitu
juga hidup sebagai orang yang makan gaji ataupun majikan. Dalam menjalankan
tugasan mereka, harus ada padanya ikhlas.Perlunya ikhlas dalam bekerja kerana
dapat menghasilkan mutu kerja yang sangat berkualiti dan dapat melahirkan
pemikiran yang mempunyai daya saing.Pastinya kita tidak mengharapkan balasan
yang tidak sepatutnya jika hati kita tertanam padanya sifat murni dalam
berbakti.
Sering kali
didengari bahawa orang yang sentiasa inginkan balasan dari manusia atas setiap
apa yang dilaksanakannya.Pastinya hal –hal ini berbangkit kerana kurang atau
hilangnya sifat ikhlas itu sendiri.Ingatlah bahawa orang yang ikhlas hanya
mengharapkan balasan dan pandangan
daripada Allah bukan pandangan daripada manusia yang sentiasa ada padanya
kekurangan.
Begitulah kita
sebagai muslim dalam menjaga ihsan dalam
bekerja.Sabda Rasulullah,”Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali
dilakukan dengan ikhlas dan mengharap redha-Nya”.
Pentingnya
ikhlas dalam bekerja kerana mampu mendidik kita menjadi hambanyaNya yang
sentiasa ingat padaNya.Seandainya kita tidak berdaya dalam mengaplikasikan
sifat ikhlas,belajarlah dengan senyum dan sabar.Sudah pasti perasaan ikhlas
akan perlahan- perlahan meresap dalam darah seorang muslim.
Faktanya,Implikasi ikhlas dalam melakukan seribu
satu pekerjaan boleh melapangkan hati.Nikmat merasai kelapangan hati sukar
diperolehi tetapi salah satu wasilahnya adalah dengan ikhlas dalam bekerja,beribadah,bermuamalah
dan pekerjaan baik yang lainnya.Sesungguhnya,Setiap amalan bergantung kepada
niat.Terpulang kepada kita dalam memilih apa yang terbaik untuk diri sendiri.
Pastinya,ikhlas sukar dirungkai kerana terlalu besar dan mendalam
maksudnya.Sama-samalah menuju redha Allah kerana terlalu banyak wasilah dalam
menjaga hubungan kita dengan Allah.Sentiasalah berubah menjadi seorang hamba
Allah yang bertaqwa.
Sekadar perkongsian…….
0 comments:
Post a Comment