Friday, 20 December 2013

Ihsan dalam berhibur II



Bismillah, syukur, syukur,syukur. Tak mungkin akan cukup ucapan syukur dari kita kepada Maha Pencipta atas nikmat yang melimpah ruah.Alhamdulillah, pada hari jumaat yang barakah ini kita masih lagi mampu merasai nikmat Iman dan Islam dalam setiap nafas yang dihela.

 “Dunia di hujung jari”

Satu frasa yang sering dikaitkan dengan kemodenan teknologi ciptaan manusia yang semakin hari semakin berkembang sehingga sampai suatu tahap yang agak membimbangkan.
Alhamdulillah, jika kemajuan teknologi itu seiringan dengan berkembangnya minda-minda anak bangsa muslim.

Masya Allah, sekiranya kemodenan yang dicapai hanya mampu meruntunkan lagi akidah manusia akhir zaman ini.Nauzubillah.

Justeru, kerana kasih sayang Allah itu sangat meluas dan kerana kemurahan yang Maha Esa, setiap japa yang berlaku dalam hidup ini, diperjelaskan lagi tatacaranya agar di padang masyhar kelak tiada yang bersoal jawab tentang itu.

 Sebagai seorang hamba yang tidak mungkin lari dari fitrah dan sebagai seorang manusia yang berada dalam arus permodenan, kita sering disogok pelbagai hiburan tanpa batas. Dalam sedar atau pun tidak budaya-budaya dan hiburan-hiburan barat mula menyelinap masuk sedikit demi sedikit menyebabkan ramai umat Islam terkandas dari melakukan tugasan di atas muka bumi.

Ihsan Dalam Berhibur

Dalam entry yang lepas telah digariskan dua panduan iaitu tidak bertentangan dengan syarak dan juga mengikut garis panduan yang ditetapkan Allah.In sha Allah, dengan izinNya, dalam entry kali ini pula kita akan membincangkan sedikit lagi soal ihsan dalam berhibur.

      Ihsan sendiri bermaksud beribadah seperti kita melihat Allah, jika itu tidak dapat menimbulkan rasa ihsan maka ketahuilah yang Allah melihat setiap perbuatan.Jadi, dalam soal berhibur, kita perlu memilih dan menilai hiburan seperti mana yang dibenarkan  syariat.
Seterusnya, kita seharusnya menjaga batas-batas pergaulan kita ketika sedang berhibur.Jangan kerana seronoknya hiburan, batas agama ditolak tepi.

      Kita juga mesti memilih hiburan yang tidak melalaikan kita. Contoh mudah yang suka ana berikan.Kita mahu menonton wayang tetapi ceritanya bermula pada pukul 6.30 petang, sekurang-kurangnya lebih kurang dua jam lebih cerita itu berlangsung. Nah, jadi kira-kira habisnya sekitar jam 9.Jadi,bukankah dengan cara ini kita sudah mengabaikan waktu maghrib?

Pasti ramai dalam kalangan kita yang tahu membezakan yang baik dan yang buruk. Yang mana bermanfaat yang mana musibat? Yang mana hak yang mana batil.

 Justeru, fikir dan lihatlah dengan mata hati sebelum mengambil keputusan dalam melakukan sesuatu agar dalam setiap hiburan itu ada ihsannya, dalam setiap hati itu ada imannya, dalam setiap nafas itu ada Islamnya.

Jika bukan kita sendiri yang memulakan perubahan,
 siapa lagi?
Jika bukan umat islam sendiri yang menghalang penjajahan minda,
 siapa lagi?
Jika bukan umat Islam sendiri yang membuktikan agama yang dibawa Rasul itu benar,
Siapa lagi?
Jika bukan saat ini, bila lagi? 

0 comments:

Post a Comment