KUALITI SESUATU IBADAH
“Quality is better than quantity” . Petikan kata ini tidak
lain tidak bukan sudah menjadi halwa telinga masyarakat masa kini . Pandangan
manusia berbeza terhadap sesuatu
mengikut kualiti dan nilai . Dalam kata lain , manusia memandang tinggi terhadap
sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi dan akan berusaha untuk memelihara ,
menjaganya sebaik mungkin . Inilah lumrah kehidupan manusia , berkeinginan
terhadap sesuatu yang terbaik , berharga dan bernilai . Allah s.w.t juga begitu
, tidak lain tidak bukan memandang hambaNya yang beribadah dan mengingatiNya
dengan bersungguh-sungguh dengan pandangan penuh rahmat .
Sebagai hamba Allah yang beriman , sudah
pastilah kita mengharapkan segala amal ibadah kita diterima oleh Allah yang
menciptakan . Ahli falsafah terkemuka , Aristotle juga ada menyebut
‘pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang
baik dalam perbuatannya’ . Tuntasnya , untuk berusaha menjadikan amal ibadah
kita diterima oleh Allah s.w.t , kita perlulah untuk sentiasa ‘upgrade’ kualiti
ibadah kita agar kita menjadi seorang yang selayaknya diberi ganjaran oleh
Allah taala . Di sinilah menjadi keperluan bagi kita untuk mengkaji , membahaskan
, dan mempraktikkan ihsan dalam
beribadah .
Sebagaimana yang
telah diterangkan didalam penulisan sebelum ini , Syaikh ‘Abdurrahman as Sa’di
menjelaskan akan perkataan IHSAN yang mencakupi dua macam perkara iaitu IHSAN
dalam beribadah kepada Allah taala dan IHSAN dalam menunaikan hak sesama makhluk
. Perihal ini menunjukkan IHSAN dalam beribadat menjadi sesuatu yang amat
penting untuk diusahakan oleh seseorang muslim .
IHSAN DAN IBADAH
IHSAN seperti
yang dijelaskan sebelum ini berdasarkan hadis jibril a.s adalah ,”Engkau
beribadah kepada Allah SWT seakan-akan engkau melihat-Nya, dan jika engkau
tidak mampu melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat kamu” .
Manakala IBADAH
menurut At-Tabari adalah khusyu’ kepadaNya , merendah diri dan tetap hati hanya
kepadaNya . Yang dikatakan IBADAH ini bukan hanya didalam solat malah ruang
likup ibadah ini sememangnya luas merangkumi seluruh kegiatan manusia apabila
ia diniatkan untuk mencapai keredhaan Allah taala .Ya , itulah tujuan sebenar
hidupnya seorang , untuk mencapai
mardhotillah .
Yang membuatkan
seseorang itu diterima ibadahnya oleh Allah taala iaitu apabila ibadahnya
memenuhi dua syarat iaitu ikhlas hanya kepadaNya dan ittiba’ ( mengikut sunnah
dan tuntutan Rasulullah s.a.w) .
BAGAIMANAKAH MENCAPAI IHSAN DALAM BERIBADAH
Islam adalah
sebuah agama petunjuk yang menyediakan al-quran sebagai pembimbing dikala kesamaran
. IHSAN dalam beribadat boleh dicapai dengan mengkaji ,meneliti , dan
mempraktikkan peringkat IHSAN dalam beribadah iaitu :
1 . seolah-olah kamu melihatNya .
Sesungguhnya
peringkat IHSAN ini merupakan peringkat yang paling tinggi disisi Allah taala
kerana diperingkat ini seseorang sudahpun berada dekat dengan sang khaliq .
Pemahaman terhadap cara bagaimana kita melihat Allah s.w.t adalah berbeza-beza
samada merasakan kita melihat Allah seperti bos yang garang dan sentiasa
mengawasi atau sebagai kekasih yang memberi kekuatan dan ketenteraman sanubari
sebagaimana didalam surah ar-rad ayat 28 ,
الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ
اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(yaitu)
orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
atau juga merasakan Allah menyayangi diri kita lebih daripada
kasih sayang seorang ibu menyebabkan kita tidak mahu menyebabkanNya murka .Allah
berfirman didalam surah al-A’raf ayat 56 .
وَلاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا
وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ
Dan janganlah kamu
membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya
dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan
harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada
orang-orang yang berbuat baik (ihsan)
2 . seolah-olah Allah melihat kita .
IHSAN didalam peringkat ini ialah kita berusaha menerapkan sifat ikhlas didalam amal ibadat
supaya segala ibadah yang dilakukan dihiasi dengan ketakwaan dan ditinggikan
dengan kekhusukkan kepada Allah taala kerana
manusia percaya segala tindak-tanduknya akan dicatit oleh malaikat kiri dan
kanan dan mereka akan dipertanggungjawabkan untuk setiap amalan mereka walau
sekecil zarah sekalipun .
Allah berfirman didalam kitabnya :
وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ
عَلَى الْخَاشِعِينَ
( Al-Baqorah:45)
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
KUNCI EMAS KETAKWAAN
Sesungguhnya IHSAN menjadi kunci ketakwaan dan kekhusyukkan
kepada seseorang yang menginginkan ibadah mereka dinilai dan dihargai dimata
Allah . kejayaan tidak akan datang kepada manusia yang leka . Oleh itu , seharusnya
IHSAN ini menjadi suatu sasaran bagi para muslim untuk dipraktikkan dan
diusahakan . Ya , diakui sememangnya IHSAN ini sukar digapai oleh manusia yang
setiap hari , setiap detik digoda oleh syaitan laknatullah namun haruslah kita
menyedari sesungguhnya ‘mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis’ . Ganjaran
yang baik tidak akan datang tanpa usaha
yang gigih .
Rabiah Al-Adawiyah , pencinta illahi yang
terkenal dengan kewarakan dan sifat hubb yang tinggi terhadap Allah s.w.t juga
antara insan yang hebat mengamalkan konsep IHSAN itu sendiri yang mana dia
membentuk satu cara luar biasa didalam mencintai Allah .Antara syairnya yang
masyhur :
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
KONKLUSI
IHSAN merupakan puncak prestasi dalam ibadah . Sebagai
seorang pelajar , seharusnya kita memupuk nilai-nilai IHSAN semenjak dari
sekarang iaitu ketika jasad kita masih tegap dan gagah supaya dapat kita
melakukan amalan dengan lebih banyak . Janganlah kita menghabiskan masa dengan
perkara yang tidak bermanfaat dengan menerapkan konsep IHSAN dalam kehidupan .
Dengan ini , kita akan sentiasa memastikan Allah s.w.t menjadi prioriti utama
dalam apa jua keadaan .
Ayuh
teman-teman , marilah jadikan cuti ini sebagai satu platform untuk kita memperbanyakkan
amal ibadat ,dan menambahkan kualiti ibadat , bukanlah cuti yang menghentikan
atau menghalang kita dari berjuang mencapai mardhotillah . Akhir kata , seorang
muslim yang berjaya itu adalah seseorang yang hari ini lebih baik dari semalam
.
0 comments:
Post a Comment