Dalam entri yg lepas telah diterangkan
mengenai konsep ihsan dalam beribadah termasuklah mengenai bagaimana ingin
mencapai ihsan dalam beribadah.Kita harus sedar,segala apa yg kita lakukan
bermula dari kita mencelikkan mata di pagi hari hinggalah kita tidur pada malam
hari dikira sebagai ibadah jika diniatkan kerana Allah dan berpandukan syariat.
Apabila disebut mengenai ihsan,anatara hadis yang acap kali didengar adalah:
“Hendaklah kamu
sembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Memang kamu tidak boleh melihat
Tuhan tetapi hendaklah kamu sedar dan rasakan di dalam hati kamu, bahawa Tuhan
melihat kamu.”
(Riwayat Muslim)
Walaubagaimanapun,sejauh manakah kita
memahami dan menghayati maksud sebenar disebalik hadis ini?
Mudah untuk diungkapkan,tetapi payah untuk diaplikasikan dalam kehidupan
kita sebagai seorang muslim.Kerana apa? Punca utamanya adalah kerana kita sama
sekali tidak merasai kehadiran Allah dalam setiap apa yang kita lakukan.Bagi
kita,sekiranya kita sudah melaksanakan tuntutan solat,itu sudah memadai.Tidak
kira sama ada kita berjaya menghadirkan rasa khusyuk ataupun tidak.
Ihsan yang
sebenarnya adalah apabila roh dan akal kita sedar bahawa Allah mendengar, ihsan
itu ialah apabila roh dan akal sedar bahawa Allah sedang melihat. Rasa Allah
melihat, mendengar, mengetahui dan rasa Tuhan berkuasa mentadbir diri kita.
Terselit rasa kehambaan dalam diri kita sebagai insan yang sangat kerdil.Itulah
ihsan yang sebenar-benarnya.
Analogi mudah,bayangkan jika mendapat tahu
bahawa majikan kita memasang CCTV dalam setiap pejabat pekerjanya.Adakah kita
masih berani untuk mencuri tulang? Atau melakukan kerja secara sambil lewa?
Sudah tentulah jawapannya tidak bukan..Nah,itu baru dianalogikan dengan majikan
yang juga merupakan hamba Allah yang serba kekurangan. Tuhan maha hebat. Nasib
kita di dunia dan di Akhirat adalah di tangan-Nya. Kalau Dia kata mati, matilah
kita. Kalau Dia kata miskin, akan miskinlah kita. Jadi, bagaimana kita hendak
lupakan Tuhan. Itulah Ihsan. Yakni, waktu ibadah fardhu dan sunat atau di luar
ibadah, terasa Tuhan melihat dan memerhati. Terasa bahawa Dia yang berkuasa di
atas diri kita dan serba salah dan tidak tentu arah kita dibuatnya.Andainya
kita Berjaya menghadirkan rasa ini dalam jiwa kita,maka berbahagialah kita.
Ihsan ini sangat susah untuk diamalkan. Ia
ada di dalam ibadah dan ada di luar ibadah. Waktu puasa ada Ihsan, di luar
puasa pun ada Ihsan. Waktu sembahyang ada Ihsan, di luar sembahyang pun ada
Ihsan. Begitu juga waktu haji. Di dalam dan di luar haji ada Ihsan. Ertinya
rasa bertuhan tidak boleh hilang. Rasa bahawa Tuhan itu berkuasa tidak boleh
hilang. Rasa Tuhan itu melihat, mengetahui dan berkehendak tidak boleh hilang.
Inilah yang dimaksudkan oleh sepotong ayat Al Quran:
Mafhumnya:
“Orang yang mengingati, terkenang-kenangkan
Allah di waktu berdiri, duduk dan ketika berbaring.”
(Ali Imran: 191)
Tuntasnya,andainya kita benar-benar ihsan
dalam beribadah,pastinya pelbagai impak positif akan kita perolehi.Antaranya
ialah kita mudah &seronok untuk beribadah disamping terasa kenikmatan dalam
beribadah itu sendiri.Seterusnya kita akan merasai halawatul iman disamping
mencapai puncak prestasi dalam ibadah yakni TAQWA.
0 comments:
Post a Comment