Friday, 22 November 2013

Ihsan ketika bercuti II


Cuti yang lapang
Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia merasa erti keseronokan dalam fatrah percutian termasuklah pelajar ataupun pekerja.Kebiasaannya, kita didedahkan dengan hiburan yang berunsurkan lebih kepada perkara maksiat daripada kebaikan yang berkat pada waktu lapang. Pernahkah kita berfikir sejenak, berfaedahkah waktu lapang yang kita nikmati. Tidak salah kalau dikatakan kita cenderung kepada perkara yang tidak berfaedah dan mudah luluh akan godaan hawa nafsu.

            Allah telah memperingatkan hambanya dalam kalamnya yang suci.Maksudnya
”:Demi masa.sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian,kecuali bagi orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya sentiasa bersabar”.Amatlah jelas dalam ayat yang dirungkaikan tadi bahawa kita adalah dari golongan yang rugi jika masa yang ada hanyalah dimanfaatkan bukan kepada amal soleh.Kita tidak boleh pula menyangkalkan kenyataan bahawa masa yang diperuntukkan kepada setiap insan hanyalah 24jam sehari.Terpulanglah kepada diri sendiri samada ingin menggolongkan diri dalam golongan orang yang untung atau menggolongkan diri dalam golongan orang yang rugi dan pastinya segala sesuatu bergantung kepada kita dalam meraih redhonya.

Semestinya kita tidak lari dalam mengibaratkan masa umpama bilah pedang yang tesurat masa ibarat pedang,jika kita tidak memotongnya,pasti ia akan memotong kita.Fahamkah kita bahawa betapa pentingnya menghidup suburkan masa lapang kita dengan amalan yang ada padanya ganjaran.Bukankah amalan soleh adalah makanan rohani kita dan Jauhilah daripada mengenyangkan nafsu kita dengan maksiat padahal ianya hanya mampu merobek nilai keimanan kita.     

Apakah cara yang mampu menolong kita agar waktu lapang menjadi waktu emas bagi kita sebagai muslim yang mukmin. Hanya kita yang mampu menjawabnya. Segala nikmat jasmani dan rohani telah Allah kurniakan kepada kita. kembalilah kepada kita dalam mengerakkan aliran iman kita ketika diuji dengan waktu lapang. Kita juga perlu mencontohi para salafussoleh dalam membentuk diri kita menjadi hamba yang taat kepadanya. Jangan pula kita mudah tertipu dengan bunga-bunga dunia. Ingatlah sebuah hadis yang segar dipetik dari nabi junjungan kita: 
            
" Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi shallahu alaihii wa sallam bersabda: " Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu dengannya, iaitu kesihatan dan waktu lapang."

Khulasahnya, mari sama-sama kite merenung peringatan yang kita peroleh dari sekeliling kita. Sebarkanlah wangian taqwa sesama manusia agar ia mekar harum di jannatul ma'wa.

#pesanan buat diri khususnya dan sahabat seperjuangan amnya.

           

0 comments:

Post a Comment