Ramadhan, Jangan Tinggalkan Kami
Bismillah.. dengan hati yang sayu serta penuh keharuan,
ku gagahkan jari jemari ini menulis agar dapat ku kongsi perasaan ini dengan
orang lain, agar dapat ku sampaikan kepada semua akan rasa.. Akan kisah dan
hakikat sebenar yang kita terpaksa terima.. Agar yang senasib ambil iktibar..
Agar yang berbeza dapat memahami.. Terimalah..
..
Hadiah dari penulis di fasa ‘pembebasan dari api neraka ‘
ini..
..
Ramadhan.. kehadiran dinanti.. keberadaan dirai..
pemergiannya ditangisi..
kerana kita semua sangat sayangkan Ramadhan.. mana mungkin kita tak sayang Ramadhan..
Allah
yang kita cintai hadiahkan Ramadhan khas untuk kita, umat Muhammad yang Dia
cintai dan Dia angkat darjat dari umat2 lain..
Ramadhan..
Sebulan
sebelum kau datang, kami bertungkus lumus membuat persiapan untuk sambut
kehadiranmu.. saat itu, keberadaanmu sudah terasa walaupun kau belum datang..
Kami
banyakkan puasa sunat, agar tak terkejut bila memasukimu.. kami perbanyakkan
amalan sunat, agar terbiasa hingga tiba kedatanganmu..
Namun,
ada juga antara kami yang tak mampu membuat persiapan apa2, tapi tak sabar2 menanti kehadiranmu,,
kerana terasa ingin merubah diri dengan kedatanganmu..
Ini kerana
kami lemah, Ramadhan.. kami lemah dengan godaan syaitan dan hawa nafsu kami di
bulan2 lain, untuk membuat kebaikan.. tak mampu untuk merubah diri menjadi
lebih baik pada bulan2 lain…
Mujurlah Allah menghantarmu wahai Ramadhan..
Maka
dengannya, kami mampu berusaha sedikit demi sedikit perbaiki diri, tambahkan
amalan dan hijrah ke daerah kebaikan..
Terima
kasih wahai Ramadhan.. Namun yg paling penting, syukur kpd Allah yg
menghadiahkan bulan ini..
mana taknya dapat berubah di bulan ini,,,
Dalam Qur'an pun Allah kata, “Diwajibkan kepada
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu
bertaqwa”…
Tak sangka..
Rupa2nya, Allah sengaja menghantar Ramadhan kepada kita supaya kita dapat
perbaiki diri, dapat berubah dan berhijrah, kerana kita akan jadi orang
bertaqwa dgn puasa di bulan ramadhan…
Sekali
lagi.. kami sangat menghargai nikmat Allah ini.. dan terasa tak sanggup
kehilanganmu.. wahai bulan yang mulia..
Dan
dlm bulan ni jugak lah,… syaitan2 diikat.. hawa nafsu kita menipis dengan
kurangnya pembuluh darah kita daripada makanan2.. kita banyak berlapar dari
kenyang.. hawa nafsu pun terdidik.. ramai
orang yang jadi baik..
..
Namun sesekali terdetik dlm hati ini.. terfikir
sejenak.. alangkah baiknya kalau selamanya Ramadhan.. tapi rupanya, Allah sengaja jadikan Ramadhan ni sebulan je..
Supaya
kita ni jadi HAMBA ALLAH, bukan jadi HAMBA RAMADHAN..
Ramadhan
ni madrasah je untuk kita merubah diri.. Allah nak tengok, sejauh mana kita
guna Ramadhan untuk ubah diri, untuk jadi orang
bertaqwa…
Nak tengok macam mana Ramadhan bagi kesan kat kita,
tengokla 11 bulan lepas tu..
Samakah
kita atau berubahkah kita bila berakhirnya Ramadhan…
Rupanya, 11 bulan lagi tu sebagai ujian buat kita..
ujian nak tengok, mcm mana kita dapat pendidikan Ramadhan.. kalau Ramadhan
sepanjang masa, takde lah ujiannya kann.. Allah nak bg ujian, supaya Dia dapat
pilih lagi, dari ramai2 orang yang beriman tu, siapakah yang benar2 beriman dan
bertaqwa pada Nya.. dan Dia jugak nak tengok.. betul kah kita benar2 sedar kita
berubah kerana kita hambaNya.. bukan kerana Ramadhan semata-mata… ?
Maka..
di sinilah teruji keikhlasan dan keimanan seorang hamba pada pencipta…
..
Aku
sedar segalanya…
Namun,
daku tetap tak mampu hilangkan rasa ini..
Betapa
sedihnya bakal kehilangan Ramadhan..
Betapa
sedihnya bila dapat tahu Ramadhan dah nak pergi tinggalkan kita semua..
Tak
sangka.. terlalu singkat pertemuan kita..
Allah..
aku tak sanggup menghadapi perpisahan ini,..
Andainya
Kau izinkan, aku ingin pergi bersama-sama Ramadhan.. atau ingin Ramadhan terus
bersama kami..
Tapi..
Apakan daya.. aku hanya seorang hamba.. Tak mampu menolak takdirMu..
Allah..
aku redha…
Ramadhan..
selamat tinggal.. kita bakal berpisah.. namun, aku takkan lupakanmu sampai
bila-bila..
Kehadiranmu
akan terus segar dalam ingatanku.. kerana.. kau terlalu berharga buat kami,
Ramadhan..
Kalau
boleh, jangan tinggalkan kami…
Air
mata jatuh berguguran.. sesungguhnya aku insan yang belum sempurna iman.. dan
kerana itulah aku tetap perlukanmu, Ramadhan..untuk islah diri ini… untuk bina
iman dan taqwa..
Ramadhan..
pemergianmu ditangisi.. semoga kita berpeluang untuk berjumpa lagi.. moga
pertemuan dan perpisahan ini membawa seribu satu makna dan hikmah yang
tersirat..
Duhai
Ramadhan.. aku berat untuk melepaskanmu.. namun andai itu kata Tuhan kita,
bahawa engkau harus pergi, maka pergilah ramadhan.. turutilah kata Allah Tuhan
Pencipta kita semua..
Aku
tetap merelakan pemergianmu.. semoga hikmahnya perpisahan ini sama-sama dapat
kita rungkaikan..
..
Semoga
Ramadhan kali ini dapat merubah diri selamanya…
Selamat
tinggal... Ramadhan…………………………………………………..
please leave comment :) tq..
ReplyDelete