Tuesday, 30 July 2013

Kosong , Kosong , Kosong

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Seringkali dalam kesibukan hidupku , ada juga aku mencuri sedikit masa , aku mencari sedikit kelapangan , aku akan mengasingkan diriku daripada masyarakat ramai , aku akan mencari ceruk-ceruk tiang didalam surau berdekatan rumah kediaman ku , ataupun aku akan menghidupkan enjin motorsikalku , lalu beredar jauh dari kebingitan dunia , dan mencari satu-satu tempat yang sesuai untukku menenangkan fikiranku , kerana pada masa itu sebuah perasaan menghantui diriku , iaitu perasaan bahawa diriku ini dipenuhi KEKOSONGAN.


Apakah hidupku ini diumpamakan dengan angka kosong itu? Apa yang aku maskudkan dengan kekosongan ini ialah , kadangkala diriku terasa bahawa segala percakapanku adalah sia-sia , segala pendapat-pendapat atau idea-idea yang aku lontarkan adalah tiada guna dan tidak bermanfaat , segala nasihat-nasihat yang aku cuba sampaikan kepada orang lain , adalah racun semata-mata....sebab apa? .... sebab diriku ini hanyalah kekosongan dari segi ILMU . Pada sesetengah masa , aku merasakan bahawa mindaku hanyalah seperti sebuah bilik yang kosong . Aku sedar , aku bukanlah seorang yang rajin membaca kitab , aku bukanlah seorang yang rajin mendengar ceramah , aku bukanlah seorang yang rajin merujuk ulama'...ini semua kadangkala melemahkan diriku untuk memberikan atau meluahkan segala pendapatku , kerana aku hanya takut bahwa orang ramai akan menjauhi diriku , atas sebab peribadi yang aku tonjolkan kepada orang ramai ialah tidak berasaskan fakta yang berilmiah .
 "mindaku umpama bilik yang kosong"



Ada juga saat dimana diriku ini merasai kekosongan dalam kehidupan ibadah Islam , dimana segala amalan-amalan ku amatlah kurang , bahkan suatu masa itu aku merasa bahawa sehari itu hanya berlalu tanpa ada amalan atau ibadah pun daripada diriku ..tambahan lagi setelah melihat golongan-golongan yang alim , yang sentiasa meringankan seluruh tubuh badan mereka menghambakan diri kepada Allah S.W.T , jika dibandingkan dengan diriku , aku cumalah sebuah angka yang kosong , dalam kehidupan IBADAH kepada Allah . Sedangkan dimana-mana aku mengaku bahawa ajaran agamaku adalah Islam , dan kehidupanku hanyalah berdasarkan Islam semata-mata , namun pabila tiba persoalan mengenai amalan , pabila tiba persoalan mengenai ibadah, dan pabila tiba persoalan mengenai mazhab aqidah , aku tercengang , aku terdiam dan kaku , tidak tahu bagaimana untuk melindungi diriku daripada kesalahan-kesalahanku .
 "angka yang kosong , dalam Ibadah kepada Allah"


Ada pula aku merasai kekosongan pabila berhubung bersama masyarakat , aku merasakan bahawa tiada siapa yang ingin mendekati aku , tiada siapa yang ingin berbicara denganku , aku merasakan bahawa sakit sihatku hanya pengetahuanku sendiri , namun bukan pada pengetahuan orang lain . Aku kadangkala menjamah makanan keseorangan , berjalan mengelilingi pantai berseorangan , bermain FIFA bersama kemahiran yang dimiliki komputerku sendiri sahaja , dan pada masa itulah , aku merasai nilai UKHUWWAH yang kosong .

 "nilai ukhuwwah yang kosong"



Semua ini menimbulkan ribuan kesedihan kepadaku , dan rentetan kesedihan ini seringkali menggugurkan airmata dari bibir mataku , hatiku parah dihantui kekosongan , jiwaku menangis diratapi kesedihan dek kerana ungkapan kosong dalam hidupku .
Namun , aku teringat sebuah analogi mudah yang diberi guruku sewaktu kecil , analogi yang digunakan untuk matapelajaran matematik pada waktu itu , namun aku berjaya menterjemahkannya sebagai sebuah analogi hidup bagi menenangkan kesedihanku yang kosong ini.
Bayangkan di restoran , tak kiralah sama ada mewah , ataupun sekadar gerai ditepi lebuhraya Karak , pastinya ada analogi mudah mengenai istilah kosong .... apakah ia? ...... Ya, itulah dia minuman kegemaran kita , TEH O , KOPI O , MILO O , setiap minuman ini digelar O yang merujuk kepada 'kosong' , namun disebalik 'kekosongan' ia , kita tahu bahawa teh itu tetap manis , kopi itu tetap menyelerakan , dan Milo itu tetap menyegarkan ! Bagaimana pula dengan ROTI KOSONG , ia tetap menyelerakan lidah dan selera masyarakat Melayu , walaupun pada zahirnya , namanya mempunyai ungkapan yang menunjukkan bahawa dirinya itu KOSONG



Aku sedar ,
sepertimana teh,kopi,atau milo yang memerlukan pemanis untuk memaniskan kekosongannya ,
atau sepertimana roti kosong yang dicecah kari untuk menambah kesedapannya ,
aku juga perlukan pemanis dan perencah,
aku juga memerlukan resipi untuk panduan hidupku,
aku juga memerlukan sebuah jenama yang diyakini
aku juga perlukan sebuah percikkan minda ,
atau sebuah peneman jiwa bagi menambahkan kemanisan kehidupanku ,
bagi menggantikan perasaanku yang senantiasa kosong ini
dan agar aku juga dapat merasai kesedapan hidup
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Melalui analogi ini , ya sahabat yang sedang membaca , mudah aku simpulkan bahwa...


Pemanis yang kita perlukan ialah MANISAN IMAN,
Perencah yang kita perlukan ialah ILMU YANG SAHIH,
Pewarna yang kita perlukan ialah AKHLAK MULIA,
Resipi yang kita perlukan ialah ALQURAN dan ASSUNNAH,
Perasaan yang perlu hadir ialah KEYAKINAN dan AQIDAH TEGUH ,
Satu jenama yang kita cari ialah jenama ISLAM ,



dan hasil yang kita harapkan ,
sepertimana teh yang telah ditambah pemanis,
sepertimana kek yang telah ditambah pewarna,
seperti itu juga hasil yang kita harapkan, iaitu
tidak lain tidak bukan , ialah rasa nikmatnya...
 .
 .
 .
 .
SYURGA JANNAH 
:') :') :')

0 comments:

Post a Comment