“Duhai teman.. alangkah indahnya.. kalau persahabatan
kita ini selama2nya.. lebih indah lagi andai sampai ke syurga sana “
Setiap kali bibit persahabatan terbit, satu persoalan
yang wajib akan bermain dalam fikiran.. iaitu, sampai manakah ukhwah ini..
mampukah ia bertahan, atau akan terkubur akhirnya
sebagaimana ukhwah2 yang sebelum ini pernah ku harungi ?
Aku termenung sejenak. Terasa setiap
kebahagiaan diri dirampas. Andai ada sahaja
insan yang kusayangi, pasti ku kan kehilangannya.
Andai ada teman yang setia di sisi dan sangat
menyenangkan, pasti berakhir juga semua
itu, andai tak diselangi dengan dugaan pun, pasti perpisahan wajib mengiringi.
Lantas setiap kali permulaan perkenalan, akan ku
fikirkan, apa pula kesudahan kali ini ?
Apakah Tuhanku langsung tak mengizinkan aku punya teman
yang memahami, yang untuk ku sayangi ? Sejenak ku berfikir..
Dalam orang lain bergembira bersama temannya, aku
bergembira bersama Tuhanku..
Tatkala orang lain susah mencari sahabatnya, aku susah mencari
Tuhanku.
Tidakkah lagi aku
melihat betapa nikmatnya aku dapat, keistimewaan yang lebih di sisi Tuhanku
daripada insan-insan yang lain ?
Maka nikmat Tuhan yang mana lagi boleh aku tidakkan??
Rupa-rupanya, Allah juga punya sifat cemburu pada
hambaNya.. Hamba-hamba yang disayangi,
Dia akan cemburu jika hamba- hamba tersebut cintakan makhluk lebih dari cinta
kepadaNya..
oleh itu, andai diuji lebih, maka janganlah bersedih
kerana setiap takdir itu ada hikmahnya, bahkan
yang lebih diuji itu kan lebih disayangi..
Kini, aku baru mengerti dan sedar, bahawa Dia inginkan aku
serahkan sepenuh cinta, pengharapan dan pergantungan untuk Dia.. Kerana itu
setiap yang datang padaku ditariknya cepat-cepat..
Paling penting lagi, Dia nak ingatkan kita bahawa kat
dunia ni tiada apa yang kekal
melainkan cintaNya…
Cinta kan bunga, bunga kan layu, cinta kan manusia,
manusia kan pergi, cinta Allah itu yang abadi…
Maka, ini menjadikan aku redha dengan apa jua yang
Tuhanku tentukan buat diriku.. Kerana Dia adalah Tuhanku.. sudah tentulah Dia
benar- benar tahu apa yang terbaik untukku..
Siapa tahu, entah- entah sahabat- sahabat yang kusayangi
dan mengaku ukhwah fillah tu, sebenarnya tak dapat dekatkan aku kepada Allah
pun, dan bukan ukhwah benar- benar kerana Allah pun..
sebab tu lah mungkin Dia tarik dulu, nak bagi jumpa orang
yang betul- betul berukhwah dengan ku kerana Allah dan dapat bawa hingga ke
syurga sana..
Tapi, sangat tak dinafikan bahawa Allah sangat pengasih..
Setiap yang Dia hilangkan, pasti diganti baru dengan yang lebih baik..
Jadi takde sebab pun sebenarnya untuk aku sedih kan, bila
Dia tarik apa- apa pun nikmat..
Dahla semua nikmat tu Dia yang punya, Dia bagi pinjam
je..
Pastu bila Dia
ambil balik namun ganti dengan yang lebih baik, kita sedih pulak kan.. tak
patut pun..
Sepatutnya kita bersyukur lah.. Dapat pinjaman nikmat tu
kira untung sangat- sangat dah…
Namun, segalanya tak membuatkan aku putus asa untuk terus
menjalinkan ukhwah dengan ramai orang lagi, hingga ketemu ukhwah fillah itu,
dan dapat berjumpa dengan orang yang benar- benar membawaku ke syurga sana..
Kerana ku yakin akan janjiNya, “dua orang pemuda yang saling berkasih sayang kerana Allah
akan mendapat perlindungan di bawah arash Allah”
Kerana besarnya ganjaran ditawarkan, maka bukan senang
untuk mendapatkan ukhwah fillah itu.. Berkasih sayang semata –mata kerana
Allah..
Berkasih sayang lah dengan sesama mukmin..
“sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka
perbaikkanlah antara mereka”
Kerana cintaku kepada Allah, maka aku punya rasa cinta
terhadap sesama manusia..
Kerana itu, aku menulis warkah ini..
Khas buat semua saudara seIslam..
Kita semua bersaudara..
Dan jangan sedih terhadap kehilangan.. sesungguhnya kau
insan terpilih..
kau hamba yang disayangiNya..
Maka bersyukurlah, jangan kufur..
Guna kelebihan yang diberi sebaiknya..
Sentiasa sangka baik dengan Allah..
Yakin bhw takdirNya adalah terbaik..
Dan setiap yang Dia ambil, pasti diganti dengan yang jauh
lebih baik dari itu..
“maka yang ku cari tak lain tak bukan hanya redha
Tuhanku..sesungguhnya jiwa raga dan hati ini telah diserahkan sepenuhnya
kepadaNya” –penulis
“sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya
lah untuk Allah, Tuhan sekalian alam…”
0 comments:
Post a Comment