Friday, 19 July 2013

FATHUL MAKKAH

PEMBUKAAN KOTA  MEKAH

MUQADDIMAH
  •          Pembukaan Kota Mekah bermaksud  :  pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan & cengkaman jahliyah.
  •          Sebelum Mekah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala & lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah.
  •      Kejayaan Rasulullah & pengikutnya membuka kota Mekah bererti kejayaan penganut Islam mengembalikan kesucian Kaabah kepada asalnya seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim & putranya Nabi Ismail A.S.
  •      Kejayaan yang terbesar kepada umat Islam apabila menguasai Mekah dan Madinah sekaligus menjadikan kedua-duanya sebagai pusat yang penting bagi daulah Islamiah di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W.


"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan untuk mencapai kejayaan dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya)" 

FAKTOR-FAKTOR PEMBUKAAN KOTA MEKAH 

Musyrikin Mekah Mencabuli Perjanjian Hudaibiah
  • Musyrikin Mekah telah mencabuli perjanjian Hudaibiyah apabila mereka telah memberi bantuan senjata & ketenteraan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah ( yang telah mengikat janji setia dengan pihak muslim).
  • Ramai orang Khuzaah terkorban[20 orang] & mereka telah mendapatkan perlindungan di kawasan Tanah Haram iaitu suatu tempat yang diharamkan pertumpahan darah. Bani khuzaah telah menghantar utusan ke Madinah memohon Rasulullah membela mereka. 

Rasulullah mengirim sepucuk surat kepada Musyrikin Mekah mengajukan 3 tuntutan iaitu :
i.Membayar wang sebagai tebusan darah Diyat[ganti rugi]kepada waris Bani Khuzaah yang telah dibunuh,  atau
ii.Perjanjian setia antara mereka dengan Bani Bakar ditamatkan,
 atau
iii.Perjanjian Hudaibiyah dianggap tidak sah lagi

PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH

1)Mengemukakan tiga  tuntutan pilihan terhadap Musyrikin Quraisy
i. Membayar diat [pampasan atau ganti rugi] kepada waris Bani Khuzaah  yang terbunuh.
ii. Mengutuk perbuatan Bani Bakr membunuh  orang Bani Khuzaah
iii. Berperang  dengan tentera Islam
Orang Musyrikin Quraisy memilih berperang menentang tentera Islam . Pemimpin Quraisy ada yg 
tidak bersetuju termasuk Abu Sufian b Harb dan al-Abbas b Abd Mutallib

2)Mendirikan Khemah
-Setelah kaum Musyrikin Mekah memilih tuntutan berperang, Rasulullah  mengarahkan 10,000 tentera bersiap sedia dan berangkat ke Mekah. Mereka berhenti Di Murruz az-Zahran dan mendirikan Khemah utk tujuan bermlam di sana

3)Menyalakan Unggun Api
-Pd waktu malan tentera Islam diarahkan oleh Rasulullah supaya menyalakan unggun api yg besar di khemah masing-masing. Bertujuan sebagai strategik perang saraf utk menimbulkan rasa gerun pihak musuh yg berada  di Mekah. Abu Sufian dan al-Abbas berjumpa Rasulullah dan memelukIslam.

4)Tawaran Keselamatan
- Pagi  Jumaat, 10hb Ramadhan tahun ke 8 hijrah, Rasulullah masuk ke Kota Mekah dgn penuh tawaddukdan bersyukur atas kemenangan yg dikurniakan.
- Penghormatan diberi kepada Abu Sufian , pemimpin Quraisy yang baru memeluk Islam. “Sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufian dia akan selamat, sesiap yang masuk Masjidil Haram juga akan selamat, sesiapa yang memasuki rumahnya sendiri juga kan selamat.
- Pengistiharan ini menyebabkan mereka hilang semangat untuk menentang Rasulullah saw.
-Rasulullah  telah mengarahkan tentera Islam memasuki Kota Mekah melalui 4 penjuru yang telah ditetapkan oleh baginda
-Baginda melarang tentera Islam menyerang  Musyrikin Mekah kecuali jika mereka diserang. Tentera Islam tidak menghadapi tentangan kecuali tentera Khalid bin Al Walid yang diserang oleh tentera dibawah pimpinan Akramah bin Abu Jahal.

FAKTOR KEJAYAAN PEMBUKAAN KOTA MEKAH
1)Perjanjian Hudaibiyah telah memberi kekuatan kepada Islam dan umatnya.
2)Strategi dan taktik Rasulullah yang berkesan,bijak dan cekap sehingga melumpuhkan dan melemahkan musyrikin Mekah dari segi mental dan fizikal.
       3)Semangat jihad tentera Islam yang tinggi untuk membebaskan kota Mekah dari kekuasaan Musyrikin.
4)Ramai pembesar Musyrikin Mekah telah memeluk Islam seperti Khalid Al-Walid dan Amru bin Al-`As, yang menyebabkan Musyrikin Mekah semakin lemah.
5)Persaudaraan dan perpaduan umat Islam menjadikan mereka dapat menjalankan strategi dengan baik.
6)Tentera Musyrikin bertambah lemah apabila ramai pembesar dan panglima tentera Quraisy terkorban seperti Abu Jahal dan Uthbah bin Rabiah yang terkorban dalam perang Badar.




 Langkah dan Tindakan Rasulullah selepas Pembukaan   Kota Mekah
  1. Rasulullah & tentera Islam menuju ke Kaabah. Mereka telah memusnahkan semua  360 berhala yang berada di sekeliling Kaabah sambil bertakbir
  2. Ucapan pertama baginda  “Wahai org Quraisy, bahawa bahawa Allah telah mencabut sifat kesombongan Jahiliayah dan sikap mengagung-agungkan keturunan. Semua berasal dari Adam dan Adam dari tanah”. Rasulullah membaca surah al-Hujurat:13 yg bermaksud; Org yg paling mulia dikalangan kamu ialah org bertaqwa. 
  3. Rasulullah juga memberi pengampunan kepada bekas-bekas musuhnya termasuk Wahsyi, Hindon bin Utbah & Akramah bin Abu Jahal
  4. Kemuliaan pekerti Rasulullah menyebabkan ramai penduduk Mekah memeluk Agama Islam. Hubungan harmoni berlaku antara Umat Islam dengan mereka yang masih tetap berpegang kepada kepercayaan lama
  5. Rasulullah melakukan tawaf di Kaabah dan telah pergi ke maqam Nabi Ibrahim lalu menunaikan solat sunat 8 rakaat. Sebaik selesai solat baginda menyuruh Bilal b Rabah melaung kan azan di bumbung 

KESAN PEMBUKAAN KOTA MEKAH

·         Tanah Haram Mekah menjadi kawasan larangan kepada org bukan Islam
·         Dapat membersihkan Kaabah daripada amalan penyembahan berhala
·         Ajaran Islam dapat disebarkan ke seluruh tanah Arab
·         Ramai Musyrikin Mekah memeluk agama Islam
·         Orang Islam dapat menunaikan ibadat tanpa gangguan orang kafir



HIKMAH PEMBUKAAN KOTA MEKAH










Peristiwa ini menunjukkan kepada kita bagaimana Ramadhan bukanlah bulan yang melemahkan semangat dan meletihkan tubuh badan sebaliknya ia adalah bulan yang meniupkan lagi semangat jihad yang sedia ada dalam melawan musuh dalaman yang dipanggil nafsu dan musuh luaran yang merupakan ancaman kepada  umat Islam. 

Inilah pentingnya tarbiyah Ramadhan yang mampu melahirkan umat yang bukan sahaja dapat menahan diri daripada godaan hawa nafsu tetapi turut melatih diri untuk berhadapan dengan musuh di alam nyata.










0 comments:

Post a Comment