Sunday, 7 July 2013

Marhaban ya Ramadhan

Assalamu’laikum wbt . . . 

 
Segala puji bagi Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani .
Alhamdulillah sekali lagi kita semua diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang mulia ya’ni bulan Ramadhan , bulan mendidik jiwa , mentarbiyyah diri menjadi insan yang takut serta taat dan taqwa sebenar-benar taqwa kepada Allah SWT 

Sebagaimana firman Allah SWT : “ . . . Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepadamu mengerjakan puasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu , supaya kamu terpelihara (dari kejahatan) .” 

Malah , dalam bulan ini juga kita semua diuji dengan musibah yang melanda saudara-saudara kita di mesir , syria , palestin dan turki yang menjadikan bulan ini semakin bermakna buat kita semua . Justeru , mari kita berjema’ah menjadikan Ramadhan kali ini sebagai bulan jihad dimana kita semua sama-sama merebut peluang memohon keampunan dan keselamatan dari Allah SWT agar umat islam tetap berdiri teguh diatas kalimah yang satu . 

Semoga langkah ini menjadi bidayatul hidayah (permulaan kepada petunjuk) kepada diri kita untuk mencapai kemanisan dan rahmat dari-Nya . InsyaAllah !

* * * * * 


Jika kita teliti kehidupan para salafusoleh , mereka inilah golongan yang paling gembira dan teruja untuk bertemu dengan bulan Ramadhan . 

Persiapan beberapa bulan sebelumnya telah menggambarkan betapa mereka menantikan kehadiran bulan ini dengan penuh semangat dan kesungguhan . 

Persoalannya , apakah keistimewaan bulan ini yang manjadi kecintaan dan buruan bagi setiap orang yang beriman ? 

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya . Di dalamnya terdapat malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan . 

Pada bulan ini juga Allah SWT membuka pintu syurga lalu menutup pula pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya . 

Segala bentuk amal ibadah dan kebajikan digandakan oleh Allah SWT di mana yang sunat diberi pahala sepertimana amalan wajib dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain . Subahanallah , tiadalah Tuhan yang Maha Pemurah selain dari Allah SWT . 

Oleh hal demikian , bulan yang mulia dan penuh barakahnya haruslah disambut dengan penuh ta’zim (membesarkannya) dan mengalu-alukannya . Sekira berlalunya Ramadhan yang lalu tanpa kita sedar , ambil lah peluang Ramadhan kali ini dan jangan pula dipersiakan .

 Khuatir , Ramadhan kali ini menjadi terakhir buat diri kita kerana kematian itu tidak pernah dilengahkan . 

Na’uzubillah . 

* * * * *

Jadi , apakah persiapan kita menjelang Ramadhan kali ini ? 

1. Doa diberikan kesempatan bertemu Ramadhan dan kesihatan yang baik – Adalah digalakkan bagi setiap individu muslim berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan . Hal ini , tanpa izin Allah SWT kita semua tidak akan berada di bulan yang mulia ini dalam keadaan tubuh badan yang sihat . Lihat sahaja berapa ramai yang diambil nayawanya oleh Allah SWT saat esoknya masuk bulan Ramadhan kerana musibah atau kesihatan yang menghalang . Maha Suci Allah yang memberi nikmat kepada siapa yang Dia kehendaki . 

DOA SEBELUM RAMADHAN
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. “
(HR. Ahmad dan Tabrani) 

DOA AWAL RAMADHAN
“Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.”

2. Bersyukur - Dengan keizinan Allah SWT juga kita diberi kesempatan untuk berada didalam bulan Ramadhan . Dan dengan izin Dia juga kita deberi nikmat kesihatan yang baik untuk beribadah dibulan yang mulia ini . Oleh itu , adalah wajib bagi diri kita yang bergelar muslim untuk memuji dan bersyukur diatas nikmat ini . 

”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagunganNya.” – Imam An-Nawawi 

3. Bergembira diatas kehadiran Ramadhan dengan merancang kegiatan untuk menfaatkan ganjaran dibulan Ramadhan . 

4. . Bertekad mengisi waktu dengan ketaatan dan melatih diri membuang dosa dan sifat buruk . - “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [An-Nur (24): 31] 

5. Mantapkan rohani – Menghadiri majlis ilmu da tingkatkan ilmu dan kefahaman tentang agama dan hokum-hukumnya . 

* * * * * 

Demikian sedikit persediaan yang dapat dikongsikan meskipun masih banyak perkara yang mampu dilaksanakan oleh diri kita yang mungkin berada di luar fikiran ini . Namun , apa yang dikongsikan ini adalah asas bagi setiap individu muslim bagi memastikan Ramadhan kali ini kita sambut dengan lembaran dan azam yang baharu . 

Akhir kata , semoga tidak ada lagi diantara kita yang masih rungsing dengan persiapan yang perlu dilaksanakan menjelang Ramadhan tidak kurang hanya dua hari lagi . Rebutlah peluang ini sepenuhnya kerana mungkin kita tidak akan diberi kesempatan lagi oleh Allah SWT untuk melaksankan ibadah dibulan yang mulia ini . Semoga Allah SWT terima amalan kita semua , insyaAllah - <3 

Tidaklah mereka merasai kegembiraan bulan Ramadhan melainkan orang yang berpuasa dibulannya , daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: “Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya kegembiraan dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad di tangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.”
(riwayat Imam Ahmad, Muslim dan al Nasai) 


0 comments:

Post a Comment