Sunday, 29 December 2013

Ihsan dalam bekerja II

Assalamualaikum…

Kesinambungan daripada entry yang lalu,kali ini saya akan berkongsi mengenai makna bekerja secara ihsan itu sendiri.Antara syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan seseorang itu ihsan dalam melaksanakan pekerjaannya ialah melakukan kerja dengan ikhlas seperti yang telah dihuraikan dalam entry sebelum ini.Rasulullah bersabda “ Sebaik-baik usaha adalah usaha tangan seorang pekerja apabila dia mengerjakannya dengan ikhlas.”

Seterusnya,seseorang itu juga perlu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pekerjaannya.Pekerja yang bekerja dengan penuh sifat ihsan akan melaksanakan pekerjaanya dengan penuh kesungguhan dan menggunakan tenaganya secara optima.Kerana dia tahu hanya dengan kesungguhanlah seseorang itu mampu mendapat hasil yang memuaskan dan sesuai dengan keinginannya.Firman Allah swt “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami,Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan Sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankabut :69)

Selain itu,kerja yang dilakukan juga mestilah berlandaskan ilmu.Apabila melakukan Sesuatu pekerjaan,pekerjaan yang dilakukan itu hendaklah berlandaskan ilmu kerana pekerjaan yang dilakukan tanpa ilmu hanya akan banyak merosakkan bukannya memperbaiki seperti kata-kata Umar bin Abdul Aziz.Dengan ilmu,seseorang itu akan mampu melaksanakan tugasnya dengan penuh efisien di samping memperoleh hasil seperti yang diimpikan.

Akhir sekali,sesuatu tugasan yang dilakukan juga mestilah dilaksanakan sehingga selesai.Seseorang Muslim dikatakan telah melaksanakan kewajipannya sehingga selesai dan tidak menghentikan pekerjaannya untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain sebelum sempurna mengerjakannya.Firman Allah “Hai orang-orang yang beriman,taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan jangan lah kamu membatalkan amal-amalmu.”(Muhammad :33)

Kesimpulannya,sebagai hamba yang mengaku beriman kaepada Allah,kita sewajarnya melaksanakan segala pekerjaan kita dengan penuh sifat ihsan.Kita harus menerapkan sifat ini dalam diri supaya setiap apa yang kita lakukan mendapat keredhaanNya.

0 comments:

Post a Comment