Tuesday, 6 August 2013

Ku hanya mampu memohon







Ya Allah.. kau gagahkanlah aku  menukil secubit pesanan dari lautan rahmatmu.
Sekarang ini kami sedang menghadapi saat-saat yang getir. Ramai umat islam ketika ini sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari lebaran. Ada yang sibuk dengan baju baru, langsir baru, sofa baru, kereta baru dan segala-galanya baru. Tak kurang juga ada yang sanggup membeli rumah baru semata-mata ingin menyambut hari raya. Keadaan ini sangat merunsingkan. Bagaimanakah umat Islam akan mencapai keredhaan dan makrifat Allah? Semua umat Islam perlu sedar bahawa selagi mana umat Islam sibuk dengan persiapan raya melebihi ibadatnya kepada Allah, mereka tak akan dapat mendekatkan diri kepadamu.

Ya Allah, kami semua lupa di saat-saat getir inilah yang banyak menyimpan khazanah kerahmatanMu yang mencurah-curah. Kau telah menganugerahkan kepada semua umatMu satu ganjaran yang tidak ada tandingan sama sekali pada akhir-akhir Ramadan ini. Ya AllahKau mampu membebaskan kami dari api nerakaMu

Ya Rabb, kami memohon kepadamu ya Allah. Kau limpahkanlah rahmatmu kepada kami. Dalam saat-saat getir ini dan cuma beberapa hari sahaja berbaki ini, kami dengan penuh rasa rendah diri memohon agar dikabulkan semua permintaan kami . kami tak mampu berbuat apa-apa tanpa bantuan dan belas kasihanmu. Walaupun begitu ya Allah, jikalau salah seorang daripada kami tersasar dari landasanmu, janganlah Engkau terus menghalangnya untuk mendapat sedikit serpihan daripada nikmat-nikmat yang Kau berikan kepada hamba kesayanganmu.  Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ya Khalid, kami juga menadah tangan yang selalu membuat kemaksiatan kepadamu ini , memohon agar Kau menghapuskan dosa-dosa ibu dan ayah kami, saudara-mara kami dan semua orang yang mengenali kami. Kami tak mahu mereka semua ini jatuh dalam lembah api nerakamu sedangkan kami mendapat kenikmatan syurgamu. Selain daripada itu, kami juga meminta kepadamu agar kami dapat sama-sama mengajak sahabat-sahabat agar terus berada di landasan untuk berjuang menegakkan agamamu ya Allah.

Akhir kalam. Sekali lagi, kami dengan penuh pengharapan memohon agar diperkenan segala doa kami dan diterima segala amalan kami agar kami sama-sama dapat memakmurkan dan menegakkan agama tauhidmu di dunia yang fana ini. Dengan itu, kami semua menangisi pemergian bulan yang tiada tandingnya ini jika hendak dibandingkan seluruh dunia ini dan seisinya. ALLAHUAKBAR


0 comments:

Post a Comment