Bila menulisnya jemari, mengintai jendela hati..
Kuketuk jiwa ini, agar ia lebih mengerti.. akan sebuah hakikat KEHIDUPAN..
Bukanlah madah sekadar bicara..
Bukanlah bicara sekadar bersahaja..
Akan tetapi setiap satunya mengandungi seribu hikmat yg tersirat yang perlu kau cari..kutip satu persatu dan terokai agar ianya kan menjadi sebuah hakikat yang mampu diterima akal fikiran...
hati ini terasa kosong sekali..
sudah pudarkah ia dari cahaya Ilahi?
Sudah terpisahkah dari petunjuk hakiki?
Sebuah persoalan yang takkan mampu dijawab sesiapa melainkan hanya hati sanubari paling dalam sekali..
manusia melihat aku hebat..
aku disanjung sana sini..
namun kecukupan ini tidak dirasai..
hanya diri yang mengerti..
tidak lengkap sesuatu yang abadi..
bangun pagi hingga tidur semula.. yang dilakukan hanyalah rutin sehari hari..
dibuat tanpa rasa sebagai abdi..
hanya sekadar melaksanakan pekerjaan sehari hari..
ibadah wajib pula menjadi amalan ritual semata yang tiada erti..
amalan sunat tiada dalam kamus lagi..
mengaji entah hanya berapa kali..
sesekali hati ini diketuk..bertalu talu..
sudah sempurnakah aku menjadi HAMBA Tuhan?
adakah hanya mahu menjadi HAMBA kehidupan?
HAMBA pada pekerjaan?
apakah matlamat terakhir hanya sekadar kematian?
tidak akan adakah penghisaban?
pertanggungjawaban pada amalan?
sudah tentulah semua itu tidak..
aku mengerti kerana aku belajar agama..
tapi aku sering terlupa untuk amalkannya..
kerana aku sering alpa dan tergoda dengan dunia..
yang kelihatan serba indah di pandangan mata..
namun sangat terseksa pada pandangan iman dan hati yang mengerti.. akan sebuah perjalanan sebenar..
duhai diri yang penuh lumuran dosa..
sudahkah kau kembali pada Pencipta?
sudahkah kau mengingati Dia?
sudahkah kau bersedia andai kematian datang menjemput bila bila?
tahukah kau apakah perjalanan hidupmu selepas ini?
bila hati terasa kosong..
entah mengapa semua ini dilupai..
yang ada di dalam hati hanya apa yang ada dihadapan mata..
dunia yang tersangat indah dan mengusik jiwa..
membuatkanku lupa sejenak pada segala firmanNya, segala janjiNya..
segala perkara hakiki yang harus aku cari dan imani..
mungkin inilh yg Allah katakn dlm Quran, "dan janganlah kamu memalingkan muka (dr org2 yg soleh) kerana menginginkan keindahan dunia.."
kurenung sejenak..
adakah aku termasuk dlm golongan tersebut..
Tuhan ampunkan hambaMu ini..
sungguh aku hamba yang tersangat penuh dengan palitan dosa..
andai Tuhanku tidak mengampunkan, pastilh aku berada bsama orang2 yang rugi..
Tuhanku dengarlah rintihan hambaMu ini..
tolong kembalikan hatiku yang telah hilang kerana dicuri oleh dunia yang durjana..
peganglah hati ini setiap masa..
agar sentiasa di bawah keimanan dan ketaatan kpdMu..
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih..
Kutahu Engkau tak pernah meninggalkan hamba-hambaMu..
Namun hamba yang hina ini sering melupai Kau..
Dengan rahmatMu..
maka ampunkanlah kami..
dan lindungi serta pelihara hati-hati ini..
"Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati ini dalam agamaMu, dan tetapkanlah di atas ketaatan kpdMu......................"
~Hamba Pendosa yang damba kasih Tuhannya~
-Al faqir ilaAllah-
0 comments:
Post a Comment