ASSALAMUALAIKUM
[kredit]
Siapa pernah dengar lagu See U D IPT oleh UNIC? Kebanyakan daripada sahabat-sahabat
mesti pernah dengar lagu ini bukan? Lagu ini sememangnya menarik minat remaja
yang berminat soal cintan cintun ni.
Kalau diimbau kembali zaman sekolah, term
‘cinta monyet’ selalu digunakan di kalangan pelajar-pelajar yang sedang
bercinta. Apa yang saya faham berdasarkan term ini ialah, berdasarkan perkataan
monyet yang digunakan tu. Apa yang kita selalu lihat, monyet ni suka
melompat-lompat, bergayut dan suka bermain-main. Mungkin ‘cinta monyet’ ni ,
menggambarkan keadaan cinta pasangan tersebut yang tidak serius dengan hubungan
tersebut dan hanya ingin mempermainkan pasangannya. Tidak dinafikan, ada
pasangan yang memang betul-betul serius, dan betul-betul ingin mengahwini pasangan
masing-masing. Benar! Niat ingin berumahtangga itu tidak salah, namun haruslah
berpandukan syariah yang telah ditetapkan.
Niat
tidak pernah menghalalkan cara!!
Kita
kan ada Allah, ada Rasul, ada Al-Quran untuk dijadikan panduan dan pedoman!!
Allah
dah berikan baaanyak panduan di dalam al-Quran bagaimana untuk menjaga ikhtilat
antara berbeza jantina. Benar! Memang fitrah manusia, lelaki tertarik kepada
wanita dan sebaliknya. Tetapi kita kenalah pandai menguruskan hati dan menjaga batas-batasnya.
Allah
berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat ke 32 (17:32),
“La
Taqrabuzzina, Innahu kana fahisyataw wasaa asabila”
‘Janganlah
kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu
jalan yang buruk.’
Dalam
ayat di atas, Allah telah berfirman. Jangan mendekati zina! Walaupun kamu kata,
kamu tak pernah memegang tangan pasangan kamu semasa berjalan berdua-duaan,
namun syaitan yang sememangnya suka menghasut keturunan Adam a.s. takkan pernah
mengalah. Mereka akan menggunakan muslihat dan senjata yang hebat-hebat untuk
menghasut pasangan kekasih supaya terjebak dengan melakukan dosa.
Sekuat
mana iman seseorang sekarang, kita tak akan tahu apa yang akan berlaku akan
datang, sama ada orang yang beriman tetap istiqamah beriman ataupun berubah dari
jalan yang benar. Na’uzubillah min zalik.
Begitu
juga dengan istilah ‘couple islamik’. Dalam Islam, tiada yang dinamakan ‘couple
Islamik’. Mereka ber’sms’ mengingatkan antara satu sama lain tentang solat,
berkongsi tazkirah dan nasihat. Memang betul niat kamu baik. Tapi ingat, niat
tak menghalalkan cara. Yang batil tetap batil, yang haq tetap haq.
Cuba
kita tadabbur surah Al-Ankabut ayat 38
,
Allah
berfirman,
‘Dan
(juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran
mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Syaitan telah menjadikan
terasa indah bagi mereka perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalangi mereka
dari jalan Allah, sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.’
Kalau
kamu semua faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada ‘couple islamik’ ni adalah, syaitan
telah buat mereka pandang indah benda buruk yang mereka lakukan. Walaupun
mereka berpandangan tajam, maksudnya mereka berilmu tinggi. Memang pada mulanya
niat mereka baik, saling memberi nasihat dan tazkirah, tapi ingat, syaitan itu
licik. Syaitan akan bersungguh-sungguh buat mereka terjerumus ke dalam
kemaksiatan.
Kerana
inilah bahayanya couple ; terjebak dengan maksiat. Tapi, kita kena faham mereka
yang ber’couple’ ni kadang-kadang mereka hendakkan kasih sayang dan perhatian
daripada orang lain. Mungkin sebab itulah mereka ber’couple’.
Agak-agak
apa solusinya, kalau yang ber’couple’ ini inginkan mereka diberi perhatian,
kasih sayang dan diambil berat?
Haa!
Betul! Binalah hubungan dengan Allah. Dekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta,
Maha Menyayangi. Kasih sayang Allah tidak terbatas. Hatta kasih sayang ibu bapa
terhadap anak-anak sekalipun tidak dapat menandingi kasih sayang Allah terhadap
hamba-hambaNya. Sampai begitu sekali kasih sayang Allah terhadap kita,
hambaNya. Takkan kita nak menghampakan Allah dengan mengabaikan sahaja kasih
sayang yang diberi? Fikir-fikirkanlah..
Allah
dah kurniakan kepada kita berbagai-bagai nikmat, seperti sihat, cukup anggota
badan. Jadi, sampai bila kita nak dustakan? Dalam surah Ar-Rahman, Allah
menyebut, ‘Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?’ Ini menunjukkan penegasan
Allah terhadap hambaNya, Dia Maha Mengetahui, hambaNya sering lupa dan sering
melakukan kesalahan. Ayat ini sebagai teguran kepada hambaNya, supaya
mensyukuri nikmat yang diberikanNya.
Bukan
senang untuk menyemai rasa cinta yang benar-benar untuk Allah sebagai cinta
yang paling Agung, tetapi tidak juga susah. Cinta kepada Allah itu indah,
bahkan itulah keindahan yang paling diinginkan oleh hati dan jiwa manusia.
Selain daripada itu, hati manusia tidak mungkin merasa bahagia, tenang dan
damai jika hati itu tidak mengenal, mencintai dan menghambakan diri kepada
Allah semata.
Imam
Ibnul Qayyim berkata: “Tidak ada kebahagiaan, kelezatan, kenikmatan, dan
kebaikan bagi hati manusia kecuali (setelah) dia menjadikan Allah (sebagai)
sembahannya satu-satunya, puncak dari tujuannya dan Zat yang paling dicintainya
melebihi segala sesuatu (yang ada di dunia ini)”[1].
[kredit]
Kasih
sayang Allah tiada batasan, tiada penghujung selamanya. Jadi, apa tunggu lagi?
0 comments:
Post a Comment