Tuesday 18 February 2014

HOW TO LIVE LIFE???



       Alhamdulillah,syukur  dirafakkan kehadrat Illahi  atas nikmat yang dilimpahkan ke atas kita iaitu nikmat iman dan islam.Kesyukuran kita atas nikmat terbesar ini tidak cukup sekadar  mainan pada bibir,namun harus diserlahkan dengan segala apa yang ada pada kita samada jiwa, raga, harta mahupun tubuh badan.Alangkah indah nya bila mana bibir berzikir memuji Allah,dalam masa yang sama diri bersujud syukur di sejadah Iman.Ini lah salah satu jalan membuktikan kita benar-benar islam,bukan sekadar islam pada nama.Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.Dimana jua kita menjejak,di situ islam disanjung.Justeru,ayuh kawan -kawan kita hidupkan nilai islam dalam kembara kehidupan semoga redo Allah mengiringi kita.

       Islam itu fitrahnya indah.Syumul,merangkumi segenap kehidupan.Adil dalam segala pengendalian.Terkandung hikmah dalam setiap ketetapan.Namun,kita lah yang mencontengkan islam dengan dakwat kotor pelbagai warna.Hari demi hari,layar islam tercemar dek perbuatan tangan-tangan kita,penganutnya sendiri.Hari ini,kita tersasar jauh dari landasan islam sebenar.Keindahan islam seakan-akan kabur ditimbunan kabus tebal.Mengapa?Mengapa  tidak kita menzahirkan keindahan itu?Mengapa kita malu untuk berpakaian muslimah?Mengapa kita malu mengaplikasikan sunnah?malu untuk membuat kebaikan.Persoalan ini,bukanlah untuk menegatifkan fikiran kita,tapi dengan tujuan membuka minda kita,membawa kita ke alam realiti.Sedarlah,kita bukan lagi di alam mimpi. Mimpi yang menyatakan kita islam.Di alam nyata,itu hanya sekadar` status`.

        Bangunlah,kita bina kembali keperibadian muslim.Islam harus bermula dari dalam diri kita.Barulah islam itu akan wujud di sekeliling kita.Ini kerana islam bukan teori,tetapi ia lebih kepada praktikal.Islam adalah  "way of life".Setiap apa yang kita kerjakan tidak boleh tidak,perlu disepadankan dengan sempadan islam.Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara,kaitkan dengan islam.Sebelum memulakan sesuatu,cuba tanya pada diri,"adakah begini islam mengajarku?",Jika ya,teruskan dengan misi kita,jika tidak,tinggalkannya di belakang,dan jangan sesekali menoleh kembali.Jadi marilah kita hidupkan taman islam di sudut hati kita,terangi ia dengan simbahan nur iman dan islam.Lantas sinaran itu lah jua yang akan terpantul ke persekitaran kita,mmbentuk bi’ah solehah.In sya Allah.

      Satu kisah yang membawa aku ke dunia khayalan buat seketika.Aku bayangkan alangkah indahnya dunia ini,jika semua penghuninya mengamalkan akhlak islami .

        Alkisah bermula di lewat senja,dalam LRT dari stesen Gombak ke stesen Universiti,penuh sesak dengan pelbagai ragam manusia.Tiba di satu stesen,kelihatan seorang pak cik tua berbangsa Cina menaiki LRT sambil melilau mencari tempat kosong.Aku hanya mampu menjadi pemerhati setia,kerana aku juga berdiri terhuyung-hayang di dalam itu.Sejurus itu,seorang pelajar sebaya denganku,manis bertudung labuh,mempelawa pak cik berbangsa cina untuk duduk di tempatnya.Kisah tidak berakhir di sini,bila mana seorang lelaki berbangsa india pula mempelawa si cantik manis bertudung labuh untuk duduk di tempatnya.Aku sebagai muslim,terasa teruja dengan apa yang berlaku di depan mata.Kisah tiga bangsa berlainan agama.1 Malaysia katakan.Dalam masa yang sama aku bangga kerana seorang muslim mampu menjadi pencetus kebaikan,sehingga berjaya mempengaruhi  golongan "non-muslim".Ini lah islam.  Kisah dalam LRT itu nampak `simple`,namun memberi impak yang besar pada imej islam.

       Selain itu,ada lagi amalan yang  agak 'simple' namun sering terlepas pandang oleh kebanyakkan kita seperti budaya salam,aura senyuman dan banyak lagi. Akan kita kupas dalam enti-entri yang akan datang.Nantikan.

    Akhir kata,marilah kita merenung kata-kata Imam Hassan Al Banna:
                      "Bila aku berada di negara barat,aku dapati islam tanpa muslim.
                        Namun bilaku pulang ke timur,aku dapati muslim tanpa islam"

     Bilakah akan kita temui islam dan muslim bergabung lantas membentuk "transformation"?Hal ini mampu direalisasi bila mana muslim menyedari dirinya islam dalam konteks yang sebenar.Justeru,kitalah yang akan membuktikannya..

    Let's live our  life now….

0 comments:

Post a Comment