Friday 28 February 2014

Senyum, tak perlu kata apa-apa!


       Satu hari yang sangat indah bagi aku.Peristiwanya mungkin kecil tapi cukup mengajar aku apa ertinya sebuah senyuman.
       Pagi sabtu itu, murabbi yang aku gelar dengan panggilan Abang Amir menyuruh kami,anak-anak usrah tercinta menulis perkara yang perlu adik-beradik perbaiki. Cukup senang, tapi tak terjangka perkara itu akan mengubah hidup aku.
       Kertas bertukar tangan.Masing-masing sibuk mencurah idea memikir dan mengulang tayang semula kali pertama bertemu mata.Tidak kiralah empat mata, enam mata, atau lapan mata.Eh!
Saat kertas milik aku sampai ke tangan, aku tersentak dengan ayat-ayat pedas namun lembut menyapa mata yang membaca.

“Berpagi-pagi dengan senyuman manis terukir di bibir mampu membuat seisi dunia tenang melihat enta”
 “Cuba enta pergi masjid satu hari, dan lihat sorang budak ni, Insha Allah enta akan mengerti apa yang ana sampaikan”

       Aku tahu.Sejak azali lagi, aku memang punyai masalah dengan senyuman.Bukan aku tidak mahu, tetapi entahlah.Aku tidak rasa perlunya sebuah senyuman itu sentiasa di bibir.
Lantas untuk mengetahui apa maksud tersirat di sebalik tulisan adik-beradik seusrahku, usai zuhur itu, aku memerhati anak kecil yang diperkatakan.
       Dia menghampiri tabung masjid dan duduk betul-betul bertentangan dengan tabung itu.Lantas dari jauh aku hanya memerhati gerak gerinya.
Lama dia duduk di situ dan merenung tabung itu.Tapi,senyuman manis miliknya tak lekang di bibir.
Aku menghampiri anak kecil itu, lalu bertanya tentang gerak gerinya sebentar tadi.
Tanda nama di bajunya aku jeling sekilas.
“Ikhwan”
       Diam.Namun, senyuman itu masih terukir di bibir.Membuat aku hairan dengan anak kecil ini.
Buku tulis di dalam poket seluar dikeluarkan bersama sebatang pensil. Helaian demi helaian di bukanya sehingga sampai di helaian itu.

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : “Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah” (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Ustaz Adam.Biarpun kamu tak punya harta,mahu pun suara, senyuman kamu punyai satu daya yang mampu memberi kekuatan terhadap yang memandang.Teruslah tersenyum wahai Ikhwan.

       Tiba-tiba aku sendiri mengukir senyum.Mengapa, baru hari ini, hati terlintas untuk memerhati? Lantas meggerak diri untuk membaiki peribadi?



0 comments:

Post a Comment