Friday, 18 October 2013

Taubat Yang Diterima


                Kita selalu leka dan tenggelam dalam kenikmatan dunia yang dititipkan Allah kepada kita sebagai pinjaman semata.Sebagai manusia yang bersifatkan dengan sifat lupa,kita mudah goyah akan godaan dunia yang menggetarkan iman amnya.Apabila diberi peluang menjadi ibadurrahman oleh pencipta rabbul jalalah,pastinya ada yang menyalakan obor keimanan dalam memburu redhonya dan pastinya ada yang rela menggelapkan keimanannya demi memburu nikmat dunia padahal ia hanyalah membawa murka.Ketahuilah,sebagai hamba yang kerdil, kita hanyalah bergantung hidup padanya.Segala mihnah dan tribulasi adalah bertujuan mendekatkan diri kita padanya bukan sebagai penggoyah keimanan dan ghoyahnya adalah menggapai mardhotillah.Jika kita sedar akan khilaf yang dilakukan walaupun khilaf  itu adalah sebesar –besar dosa isi bumi, carilah bimbingan dalam memandu diri kita kembali taat padaNya.Dan jika tiada bimbingan yang didambakan dalam usaha menjaga muroqobatillah ,dongaklah ke langit  dan yakinlah Allah maha pengampun lagi maha penyayang lagi maha menerima taubat.Mari kita menelusuri sirah seorang sahabat Rasulullah yang diterima taubatnya meskipun khilaf  yang dilakukan dibenci para sahabat  hatta Rasulullah nabi junjungan agung kita.

            Kenalkah kita pada Sa’labah.Kesalahan yang dilakukan beliau adalah melakukan maksiat yakni berzina bersama isteri sahabatnya yang mana pada ketika itu sahabatnya sedang keluar berjihad.Selepas daripada kejadian itu, Sa’labah dihantui rasa bersalah yang teramat sangat akan dosa yang dilakukan dek kerana pintu imannya dipecahkan oleh godaan hawa nafsu.Perasaan bersalah yang dialami Sa’labah mampu membuatkan dirinya mengigil-gigil.oleh sebab itu,dia ditemani anaknya menuju ke rumah salah seorang sahabat agung iaitu Saidina Abu Bakar As-siddiq.Sejurus tiba disana,beliau menceritakan kesalahan yang dilakukannya dan seraya bertanya “Wahai Abu Bakr,adakah taubatku akan diterima Allah?".Pantas sahaja  beliau berkata:Tiada taubat bagimu disini." Lantas keluarlah Sa’labah bersama anaknya dengan perasaan bersalah yang membuak-buak.Sa’labah tidak berhenti disitu sahaja.Beliau cuba lagi bertanyakan kepada Saidina Umar:”Wahai Amirul Mukminin,adakah taubatku diterima Allah?”.Lekas Umar dengan tegas dan marah seakan-akan ingin menghunus mata pedangnya berkata:”tiada taubat bagimu disini.Begitu jugalah soalan yang ditanyakan Sa’labah kepada Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali karamallahu wajhah dengan berbalas jawapan yang sama.Lantas Sa’labah berfikir sejenak,tiada lagi yang layak aku tanyakan soalan ini melainkan Rasulullah.Sementelahan daripada itu,beliau bergerak menuju ke rumah baginda Rasulullah.Dengan harapan yang tinggi agar pertanyaan yang diajukan berbalas jawapan yang memulihkan hiba dihati,Sa’labah lantas mengatur langkah menuju ke rumah Rasulullah.Sa’labah berkata:”Ya Rasulullah,aku telah berzina dengan isteri sahabatku padahal sahabatku itu keluar berjihad.Apakah taubatku diterima Allah?".Nabi pun berkata:”keluar dari sini,aku tidak sanggup melihatmu”.Ketahuilah bahawa,pulauan Nabi terhadap Sa’labah tidaklah sama seperti pulauan para sahabat.Ianya bertujuan mendidik hati Sa’labah lantaran memberi tarbiah kepada beliau.Tamparan hebat buat Sa’labah kerana Rasulullah telah memulaunya ditambah pula dengan perkatan anaknya yang berkata:”Aku juga tidak akan memaafkanmu selagi mana Nabi tidak redho akan dirimu.Tinggallah Sa’labah keseorangan mengumpul segala daya dalam mencari redhoNya.Sa’labah mendongak kelangit dan membisikkan kedalam hatinya,tiada lagi tempat untuk aku mengadu segala resah hati dan gundah gulana yang melanda diri selain daripadamu Ya Rabb.Sa’labah membawa diri ke suatu tempat yang asing dalam bermunajat kepada Allah.Tiap harinya ditemani dengan linangan air mata yang tak pernah berhenti sambil tangan ditadah agar taubatnya diterima.

            Kuasa Allah menentukan segalanya.Sungguh,Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang.Telah diturunkan wahyu kepada Rasulullah yang dijelaskan dengan mafhum bahawa taubat Sa’labah diterima.Lantas Nabi mengarahkan 2 orang sahabat agar keluar mencari Sa’labah.Setelah Sa’labah ditemukan,sahabat seraya berkata:”wahai Sa’labah,kau adalah salah seorang manusia yang maqbul doamu,marilah pulang bersama kerana nabi ingin menemuimu”.Sa’labah membalas:”tapi Rasulullah sangat membenciku”.Lalu sahabat berkata:”Rasulullah lah orang yang paling tidak sabar ingin bertemumu”.Maka dengan itu pulanglah beliau setelah lama mengasingkan diri daripada yang lain.

            Ketika kepulangan Sa’labah dalam tujuan menemui kekasih Allah.Rasulullah sedang mengimami solat subuh berjemaah dan Sa’labah menjadi ma’mum di antara barisan belakang.Ketika solat subuh,nabi membaca ayat suci Alquran dari surah At-takasur.Sa’labah yang mendengar setiap ayat yang dilafazkan Rasulullah menjadi sangat takut.Beliau menganggap Rasulullah seolah-olah memerlinya atas kekhilafan yang dilakukan.Oleh kerana terlalu takut akan ayat yang dibaca Rasulullah,Sa’labah rebah lalu meninggal dunia ketika solat subuh.Seusai solat subuh,Nabi menuju kearah Sa’labah.Baginda mengarahkan agar beliau segera dikafankan.Pada saat Sa’labah diusung menuju ke liang lahad,Rasulullah turut bersama.Para sahabat memandang aneh akan perilaku Rasulullah yang terjengket-jengket ketika mengusung jenazah Sa’labah.Setelah selesai urusan pengebumian,bersegera sahabat bertanyakan sabab musabab perilaku Rasulullah:”Ya Rasulullah,kenapa engkau berjengket-jengket ketika mengusung jenazah padahal kami telah memberi ruang kepadamu.Lalu Rasulullah menjawab:”Sebenarnya bukan hanya kita yang membawa jenazah,tapi ribuan malaikat turun kebumi berebut-rebut untuk mengusung jenazah Sa’labah ke kubur.Begitulah kisah Sa’labah yang merupakan salah seorang yang diterima doanya oleh Allah.

            Sebagai muslim dan mu’min,apakah ibrah yang boleh kita petik dari kisah yang terhurai.Tentulah banyak yang dapat kita ambil supaya ianya menjadi daya pelonjak  kepada kita dalam memburu ibadurrahman.Jelas diceritakan bahawa kita sebagai muslim haruslah senantiasa berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah dalam keadaan senang meskipun susah.Ramai daripada kita berputus asa dari rahmat Allah kerana tiada keyakinan padanya bahawa Allah Maha mengasihani hambanya.Haruslah diketahui Allah sangat suka akan hambanya yang sentiasa merintih dan berdoa.Dalam menjaga hubungan kita dengan Allah,hubungan sesama manusia tidak boleh kita abaikan.Tahukah kita Allah sangat menyenangi hambanya yang menjaga"حبل من الله،وحبل من الناس" .Janganlah kita mudah memutuskan hubungan kita sesama saudara hanya kerana berpuncakan musabab yang remeh –temeh.Kita haruslah ingat bahawa tidak akan diterima doa seseorang yang memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih daripada tiga hari.Ini menunjukkan betapa Islam menekankan agar umatnya menjaga silaturrahim.Akhir kata,jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah,hubungan kita dengan manusia akan terjaga,dan jika kita menjaga hubungan kita dengan manusia,hubungan kita dengan Allah  terjaga pasti.

0 comments:

Post a Comment