Friday, 18 October 2013

Aroma Kopi


      Disaat jiwa dihimpit pelbagai masalah,aku terus menjadi lemah.Selemah buih di tepian pantai,bila ditiup angin bayu sepoi-sepoi bahasa pun ianya boleh pecah dan terus lesap dari pandangan mata.Begitulah diibaratkan diriku ini.Mudah sahaja goyah dek ujian yang tidak seberapa ini.Diwaktu otakku berserabut dengan pelbagai mehnah kehidupan,hatiku melonjat supaya diluahkan isi yang tersirat padanya.Tetapi,kepada siapa untuk diluahkan lahar yang membakar jiwa ini?Mestilah seorang insan yang teristimewa,iaitu ummiku.

     Suatu hari ku hampiri ummiku didapur.Dihamburkan segala rasa hati beserta juraian air mata.Biasalah,tabiat perempuan.Ummi memandangku penuh kasih,”jadilah seperti kopi,jangan jadi seperti lobak dan telur.Sukar untuk aku mengerti ungkapan ummiku.Sejurus itu,ummi menuju ke arah peti sejuk,dikeluarkan sebiji lobak,sebiji telur dan dicapainya serbuk kopi kasar di dalam almari.Ummi memulakan bicara,”cuba rebuskan tiga benda ini dan tengok apa yang terjadi padanya”.Tanpa banyak bertanya, aku terus melakukannya.

       Aku dapati lobak pada asalnya keras, menjadi lembik setelah direbus,telur pula bertukar dari cecair menjadi pejal,manakala kopi kekal dengan keadaannya yang asal.Aku tertanya-tanya,analogi apakah yang dibawa ummiku ini.Setelah dijelaskan,ku lihat,betapa indahnya analogi ummiku.Kata ummi,ada sato golongan yang pada asalnya seorang yang keras,kuat,dan kental jiwanya,tetapi bilamana diuji,terus dia menjadi seorang yang lemah sebagaimana lobak yang asalnya keras menjadi lembik setelah dipanaskan.Manakala segolongan yang lain pula,pada asalnya seorang yang berjiwa lembut,setelah diuji,mereka sukar untuk menerima ketentuan Tuhan,lalu memberontak ibarat telur yang bertukar keras setelah direbus.
   
      Benarlah kata ummi,”jadilah seperti kopi”.Dimana kopi tetap tidak berubah keadaanya walaupun direbus.Malah,kopi itu,mengalirkan aroma yang wangi pada air rebusan dan tersebar pula wangiannya ke persekitaran.Beginilah orang yang benar-benar berjiwa kentar,tidak gentar walaupun diuji.Tidakpun dirinya berubah dek ujian yang menimpa.Sebaliknya terus-menerus menyebarkan bakti walau jiwa penuh berserabut dengan pelbagai mehnah.

     Berakhir sudah kisahku..Bila direnung balik,dimanakah kita?adakah kita selemah lobak atau telur?Ataupun mampukah kita menjadi semulia kopi dalam mengharungi arus kehidupan?

    UJIAN OH UJIAN…Bila menyebut  ‘ujian’,jelas terasa auranya.Takut menyelubungi diri tatkala menghadapinya.Terus diri menjadi lemah,selemah lalang yang menunggu masa untuk tumbang bila dipukul angin,walaupun angin itu hanya selembut bayu di malam hari.

     Dalam konteks seorang pelajar,ujian sering dikaitkan dengan peperiksaan.Sesetengah pelajar  sering takut untuk menghadapi ujian ini,walaupun ujian itu hanya berbentuk kecil-kecilan seperti kuiz dan sebagainya.Tiba saat untuk menghadapi ujian ini,mungkin mereka sudah tidak senang duduk bab kata orang,makan tak kenyang walaupun berpinggan-pinggan nasi dibelasahnya,mandi tak basah biarpun berjam-jam di bilik air,tidur pun sudah tidak lena,tetapi tetap ‘subuh gajah’.Begitu sekali pinangan sebuah ujian.

     Sebagaimana seorang pelajar takut dan gentar untuk menghadapi ujian(peperiksaan), begitulah juga dengan orang lain yang takut untuk mendepani mehnah, ujian dan tribulasi dalam hidup mereka. Sesungguhnya bagi mereka,ujian ibarat batu besar yang jika menghempap diri mereka menyebabkan mereka sesak nafas dan sukar untuk bergerak.Ahkhirnya mereka kalah dan tumbang dihentam batu itu.

    Hakikat ujian bukanlah sedemikian.Allah menjadikan dan mentakdirkan sesuatu bukanlah suatu yang sia-sia.DiciptaNya kegagalan, kemiskinan, kecacatan, kehilangan, kekurangan ke atas kita yang hanya berstatuskan hamba ini.Untuk apa?Bagi hamba yang hebat,mereka memandang ujian dengan pandangan hikmah.Ini kerana,ujian merupakan tarbiah secara langsung dari Allah untuk menguji tahap keimanan dan katakwaan HambaNya.

      Sesungguhnya orang yang sabar dan tabah itulah insan terbaik disisi Allah kelak.Sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 155,

 وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ  
(2:155)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

     Dari firmanullah ini,jelas Allah menjanjikan khabar gembira untuk hambaNya yang bersabar atas ujian yang menimpa.Mesti kita tertanya-tanya apakah berita gembira itu kan?Allah mengkhabarkan ganjaran yang besar untuk hambaNya iaitu keberkatan,rahmat dan petunjuk dariNya.Hal ini dijelaskan dalam ayat yang seterusnya dari surah yang sama.

أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ 
(2:157)
Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

       Betapa besar balasan kebaikan yang diperoleh orang-orang yang mampu bersabar, menahan diri dalam menghadapi musibah dari Allah, Dzat yang mengatur alam semesta ini.Semoga kita tergolong dari golongan terpilih ini.Ketahuilah,musibah dan ujian itu,tarbiah dari Allah.

0335
19082013

0 comments:

Post a Comment